Rindu saya pada kota Mekah dan Madinah susah hendak diungkapkan. Mungkin orang yg pernah ke sini saje dapat merasainya. Kadang2 saya boleh menangis bila terdengar zikir Allah.. saya nangis bila terdengar orang membaca Al-Quran.. saya tak sabar nak solat (sbb skrang saya bercuti sbb sampai saje airport hari Jumaat lalu terus bendera Jepun berkibar.. huuhuhuh). Terasa nak ke masjid utk solat jemaah dan mendengar ayat2 Quran dan merasai suasana di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Saya membuat Umrah bukan untuk riak. Tujuan ke sana tiada maksud utk bermegah2. Dan lagi satu tiada nazar apa2. Saya ke sana sbb saya ingin pergi. Alhamdulillah.. dgn izin suami, saya dapat pergi bersama dia. Keinginan ini sudah lama saya utarakan sejak saya mendengar kisah umrah/haji dalam radio IKIM. Kebetulan hajat ibu mertua untuk anak2 nya semua ke sana dan sepatutnya suami saya pergi bersama ibunya dan bukan bersama saya. Tetapi dalam sebulan suami dan adik beradiknya hendak ke sana, dia ada urgent tasks yg kena di siapkan. Lantas, suami mengajak saya bersama. Pada ketika itu saya rasa nak menangis tanda gembira. Saya sedar Allah mendengar doa saya. Sejak itu, bermulalah proses persiapan utk ke sana. Doa saya utk ke sana tidak pernah putus semoga Allah menjemput dan memudahkan saya ke sana. Murahkan rezeki saya... Ia bermula pada bulan 4 yang lalu.
Proses mendekatkan diri kepada Allah saya lakukan walaupun banyak dugaannya. Saya membaca dan terus membaca apa jua ilmu yg berkaitan dgn haji dan umrah. Banyak perkara ingin saya tahu dan saya memaksa diri saya mendengar ceramah agama dan membaca buku2 agama. Alhamdulillah.. dlm hidup ini saya nampak Allah memberi banyak kemudahan dlm diri saya. Kadang2 kalau difikirkan ianya kebetulan tapi bila kita ingatkan ALLAH, syukur... Allah melindungi dan menyayangiku.
Masa menulis entry ini, saya rasa sayu yang amat sangat. Saya rasa sebak tak tertahan. Tak tahu apasal. Teringat saya sebelum ke Mekah. Banyak dugaannya Allah saje yang tahu. Anak2 yang tak sihat dan menyebabkan saya tidak boleh tidur. Saya tidur 4 jam sehari. Baru nak lena, pukul 3-4 dah bangun. Masya'allah. Tingat juga saat saya pergi ke Bkt kiara Disney Jr yg berpanas terik itu. Mmg panas sungguh. Ya Allah.. sesungguhnya semua itu ialah latihan dan persediaan saya untuk ke sana rupanya. Allah train diri saya.
Di Mekah... saya tidur 4 jam saje. Sebabnya Subuh pada pukul 4.30am. Pkl 3.30am azan sudah berbunyi. Azan bunyi 2 kali. Cuaca.. kalau Bukit Kiara itu panas.. di Mekah lagi panas. Hampir 49 celcius. Aktiviti Tawaf dan saei merupakan aktiviti fizikal yg memerlukan stamina yg kuat mengingatkan saya yang terkeput2 menguruskan anak2 saya setiap hari.
Allah Maha Hebat, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Aktiviti saya selama di Mekah dan Madinah tidak lain hanya beribadah semata2. Saya mmg sudah niat taknak shopping dan sememangnya saya tidak shopping. Tidak ada nafsu utk membeli belah dan kalau membeli pun hanya benda2 penting... kurma utk berbuka puasa dan adalahlah sedikit2 utk keluarga. Dan akhirnya saya sedar, amalan2 yg saya lakukan di sana sebenarnya utk bekalan saya di sini. Di sana ialah tempat trainning saya mengabdikan diri kepada ALLAH. Berdoa, berzikir dan mengingati Allah selalu.
Pagi tadi saya ternampak status FB Ustaz Zahazan.
Masya'allah.. inilah amalan yang Ustaz Farid menyuruh kami lakukan di sana juga. Bayangkan semasa di Masjidil Haram, hati saya sangat tenang. Kalau solat sunat, saya tidak terasa langsung keterpaksaannya. Perasaan utk memperbanyakkan ibadah hadir dalam diri kerana sedar susah saya utk ke sana di samping utk meminta pengampunan daripada Allah.
Ya Allah, tetapkanlah imanku, hatiku kepadaMu dan ketaatanku padaMu. Janganlah Engkau membolak balikkan hati ku setelah Engkau memberi petunjuk kepada diriku.
Pada masa ini, apa yang saya fikir saya nak ke sana lagi. Semoga Allah murahkan rezeki saya dan menjemput saya ke sana lagi. Saya sayang Allah dan Rasulullah. (Teringat semasa di Masjid Nabawi yang penuh ketenangan).
4 ulasan:
Saya pun berperasaan mcm tu.Saya baru balik awal July. Saya tak tau mcmana nak describe betapa rindunya saya kpd Mekah & Madinah.
Saya rindu nak berjemaah di sana, saya rindukan suara imam, saya rindukan kepelbagaian manusia di bawah satu bumbung masjid.
Insya Allah kita akan ke sana lagi.
Alhamdulillah, cinta dan sayang terhadap rumah Allah dan Rasaullualh sentiasa terpahat dihati. Airmata kegembiraan dan syukur pasti mengallir setiap kali mendengar sahabat handai dan keluarga pergi ke Tanah Suci. Rindu yang teramat. Walaupun telah tiga kali mengerjaka umrah, masih tidak berasa jemu (maaf bukan untuk menunjukkan riak). Tetapi itulah hakikatnya, saya berniaga kecil-kecilan, kumpul duit untuk kesana lagi. Buat pembaca, doakan umrah saya pada bulan Feb 2014 ini menjadi kenyataan..Amin
sebak baca entry jaa... Subhanallah..... y pun sedang dlm fasa yg ja lalui sblum pegi... kini membaca novel tidak enak lagi.. hanya buku haji & umrah yg ditatap sblum tidur....
I also went to perform Umrah last year, it was a life-changing experience. Learned a lot from this trip. I also miss the beautiful view of Makkah and Medina.
Umrah Package
Catat Ulasan