Isnin, 30 Mei 2011

Mencari Glamor

Saya setuju apa yg diperkatakan oleh Saudara Ridwan Bakar, penulis Haji Muda yang saya baru qatam bukunya 2 hari yang lepas. Selain drpd buku Prof Kamil, buku Saudara Ridwan juga banyak membuka minda saya untuk membuat preparation diri dan doa. Skop jalan cerita nya lain2 tapi kedua-dua buku elok di baca utk insan seperti saya yang jahil ini. Saya belum nak buat haji tapi membaca bukunya saya terasa tak sabar nak membuat haji. Lantas saya mengira2 budget gaji saya setiap bulan. Penulis ada memberi tips supaya menyimpan gaji bulanan RM200 setiap bulan selama 5 tahun. Maka hati saya terus bersemangat....

Buku ini mmg mengubah mind saya tentang priority hidup kita yang sebenarnya. Maka saya tanamkan hati saya.. saya nak pastikan pergi haji pada usia muda dan saya akan menyimpan duit utk anak2 saya untuk pergi haji pada usia muda juga. Saya akan berdoa kepada mereka. Subhannallahhh.. Memang tak cukup duit sekiranya dikira tetapi saya pasti Allah akan melorongkan niat murni kita dan memudahkannya.. Insya'allah. Allah Maha Besar...

Saya tertarik dgn satu entry oleh penulis ini dalam blognya. Mencari glamour. Ya.. itulah yg saya selalu terpk. Saya sesungguhnya berdoa semoga dijauhkan drpd perasaan dan niat yang tak baik itu. Jauh daripada riak, takbur dan bermegah2. Saya takut sebenarnya sbb apalah gunanya kita membuat ibadah tetapi niat nak menunjuk kepada satu dunia yang kita nie sebenarnya untuk bermegah. Teringat juga kisah drama Tanah Kubur yang saya tonton di Astro Oasis weekend baru ini apabila insan ini menderma di masjid tetapi sebenarnya dia ingin di kenali. Astagfirullahal azim. Moga menjadi iktibar kepada kita semua. Semoga niat baik kita sentiasa diredoi dan dirahmati ALLAH bukan untuk menjadi bualan atau pujian orang.


Tiada siapa yang dapat menilai niat seseorang melangkah kaki ke Tanah Suci. Dalam pengalaman saya, ramai juga yang saya temui mempunyai niat-niat duniawi. Walaupun ianya tidaklah menjadi kesalahan, fokus sebenar mencari redho TUHAN seharusnya menjadi dorongan.

Dua tahun lalu saya secara kebetulan menunaikan umrah dengan satu keluarga penyanyi rock Negara. Bila kembali ke tanahair, berlaku kekecohan bila gambar anak penyanyi ini (anak perempuan beliau yang juga selebriti) melompat di sebuah kawasan. Maka berbagai cerita kurang menarik kita dengar dalam akhbar dan majalah mengenai mereka ketika di Tanah Suci seperti selebriti perempuan ini melompat di Mekah. Hakikatnya beliau tidak melompat di Mekah tetapi melompat di kaki sebuah Bukit di Madinah. Cuma gaya beliau melompat mungkin sedikit kurang sesuai. Banyak lagi gambar yang boleh dipaparkan di akhbar dan majalah.

Umrah Mac 2010 pula, Kami satu flight dengan seorang selebriti yang merancang bernikah di Masjidil Haram. Saya tidak berminat untuk mengambil tahu pelan pernikahan mereka. Cuma saya sempat menegur dan bersembang dengan seorang wartawan di Lapangan Terbang King Abdul Aziz. Pada hemat saya ketika itu, tidak perlu bernikah di Masjidil Haram kerana dikhuatiri niat ke sana untuk bernikah bukan untuk menjadi Tetamu Khas ALLAH (Nota Ridz: Tidak salah bernikah di Masjidil Haram). Saya juga menjangkakan, selebriti ini akan dilanda fitnah selepas kembali ke Tanah air.

Dalam seminggu ini dan akhbar MM semalam memaparkan suasana tidak senang sesetengah pihak terhadap cara selebriti ini. Maka keluarlah hentaman seperti hipokrit, tidak jujur dll yang sudah tentu menganggu fikiran selebriti ini.

Kepada selebriti, anda adalah ikon kepada perubahan. Tetapi jika mesej masyarakat ini tidak cuba anda fahami, maka timbullah perkataan hipokrit dsbnya. Kita dapat lihat secara kasar (Nota Ridz: bukan kajian ilmiah), bila harapan diletakkan oleh masyarakat untuk perubahan tidak mampu selebriti laksanakan, maka berbagai kecaman timbul. Ianya sebenarnya merugikan perjuangan. MAsyarakat kita amat kecewa bila anda tidak menunjukkan contoh untuk anak-anak mereka. Mereka sensitif dengan perangai selebriti yang seolah-olah mempermainkan keHEBATan Haji & Umrah. Ada juga rakan-rakan saya meluat dengan cerita seperti bertemu jodoh ketika Tawaf, menerima lamaran di Tanah Suci, menunaikan Haji pakej RM100,000 dsbnya. Namun realiti perubahan diri tidak pula diberi perhatian selepas kembali ke tanahair.

Kepada pengunjung blog HM, kita kena pastikan niat kita ke Tanah Suci benar-benar untuk mencari redho ALLAH, mengharapkan Rahmat ALLAH dan keampunanNYA. Bila niat sudah bersih, maka doa-doa peribadi bersifat duniawi tidaklah salah untuk diajukan.

Menjejakkan kaki ke Tanah Haram bukanlah lesen mencari glamor atau memecahkan rekod Guiness Book. Ianya adalah perjalanan yang TIDAK TERNILAI mencari Rahmat dan kasih sayang ALLAH.
Wallah'alam.
Posted by Dr Ridzwan Bakar at 9:36 PM

Sabtu, 28 Mei 2011

Jubah

Mama saya dah potong bawah sbb labuh. Saya plan nak beli lg satu warna putih.

Jumaat, 20 Mei 2011

Hijr Ismail

Wife Prof Kamil berjaya solat sunat di sini. Dia berdoa utk solat di situ. Membaca ceritanya, saya berhajat utk solat di sini. Saya ingin melakukannya. Insya'allah.. (Adoi tulis nie pun nak nangis)


Hijir Ismail adalah nama tempat yang terletak disebelah utara Ka’bah dilingkari oleh tembok lebar (Al-Hathimu). Hijir Ismail ini setiap saat dipenuhi hamba-hamba Allah, terutama ketika musim haji. Ditempat ini jemaah melakukan shalat, berdoa dan sebagainya. Tempat ini sama mulianya dengan di dalam Ka’bah. Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Siti Aisyah ingin sekali memasuki Ka’bah dan beribadah di dalamnya, lalu Rasulullah SAW memerintahkan masuk Hijir Ismail saja dan tidak ke dalam Ka’bah, sebab shalat / beribadah di Hijir Ismail sama dengan di dalam Ka’bah

 Doa selepas sunat di Hijr Ismail..
Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian Alam, yang memerintah hari pembalasan,
padaMu kami sembah dan padaMu kami memohon pertolongan...

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku,
tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau. Engkaulah yang telah menciptakanku, aku adalah hambaMu, aku berpegang kepada perjanjian dan taat setia terhadapMu dengan sedaya upayaku. Aku memohon perlindungan denganMu daripada dosa yang telah aku lakukan. Aku mengakui limpah kurnia Engkau ke atasku, aku mengakui juga segala dosa yang telah aku lakukan, maka ampunilah kiranya dosaku itu, kerana tiada siapa yang boleh mengampunkannya melainkan Engkau juga.

Ya Allah ya Tuhanku,
aku memohon kepada Engkau apa yang paling baik yang pernah dipohon oleh hamba-hambaMu yang soleh dan aku berlindung denganMu daripada sejahat-jahat apa yang pernah diminta perlindungan oleh hamba-hambaMu yang soleh.

Wahai Allah dengan nam-namMu yang Maha Suci dan Mulia dan sifat-sifatmu yang tinggi, bersihkanlah hati kami daripada segala keadaan yang menjauhkan kami untuk memandang kebesaran dan belas kasih sayangMu, matikanlah kami di atas perjalanan Sunnah dan Jemaah dengan rasa kecintaan untuk berjumpa denganMu wahai Tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan.

Ya Allah ya Tuhanku,
terangkanlah hatiku dengan ilmu pengetahuan dan pergunakanlah tubuh badanku untuk mentaatiMu, bersihkan hatiku daripada fitnah dan sibukkanlah fikiranku untuk mengambil iktibar. Peliharakanlah aku daripada was-was syitan dan keluarkanlah aku
daripada bahaya, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih sehingga syaitan itu tiada berkuasa ke atasku.

Ya Allah ya Tuhan kami,
sesungguhnya kami telah beriman denganMu, maka ampunilah dosa-dosa kami dan peliharalah kami daripada azab seksa neraka.

Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda, sahabat2 baginda, kaum muslimin dan muslimat seluruhnya..

~amin ya rabbal 'alamin.

Info nie saya ambil di sini.
Credits:
http://teambulls.wordpress.com/2009/09/08/apa-itu-hijr-ismail/
http://kasihdihati.blogspot.com/2010/05/doa-selepas-solat-sunat-di-hijr-ismail.html

Nampak saya kat Mekah?

Sms semalam... Nie kawan baik saya masa kat UNITEN dulu. Dia comel dan baik. :) Kawan yang sangat ceria dan happy go lucky.

Ja: Vik.. Bila ko pergi umrah hari tu? Berapa kali ko dah pergi yer?
Vik: Hehehhe 3 minggu lepas :) Ko nak pergi jugak kan?
(Statement dia buatkan saya terkejut. Manalah dia nie tau.... Dia agakla kot tuh)
Ja: Ya Allah bagusnya ko.. Aha.. Insya Allah nak pi 1st time.
Vik: Bila?
Ja: Ko nampak aku lagi tak kat sana? Travel agent mana Vik? 17/7 Insya'allah...
Vik: Ooo kali nie aku nampak adik aku ngan uncle aku je. Hehhehehe. Aku pg ngan Rayhar. Mmg service terbaik! Cukup puas hati.. ko p agent mana?
Ja: Hehehhe. Bagus ko Vik.. Tiap2 tahun pergi. Berkat hidup dan rezeki. Aku pi ingan Syaza Travel, Insya'allah. Tingat ko nampak mcm muka aku kat Mekah... tahun lepas kan.
Vik: Ha'ah. :) Well, Enjoy yourself there! Memang a place yg paling best ko akan pergi! Dan ko adalah antara org yg Allah pilih utk ke sana. Sayu plak aku rasa.. Banyak tawaf sunat kat Mekah nanti ya. Ishh kalau boleh, aku nak ikut ko pg lagi... Selamat pergi and kembali Ja. Insya'Allah.
Ja: Thank you Vik. Insya'Allah. Aku pun sayu ko cakap camtu. Aku harap dapat macam ko pergi selalu.. Aku baca macam2 maklumlah 1st time.. Harap dapat buat yang terbaik. Sbb tingat ko lah cakap nampak aku.. So bila berhajat nak pi ni.. Aku tingat kat ko. TQ Vik doakan aku dulu.. :)
Vik: :)

Inilah message yg Vik hantar masa dia kat Mekah tahun lepas.... Terharu saya mengingatinya....


Khamis, 19 Mei 2011

Air Zam-zam..

Minum dan niat...



Saiyidina Umar R.A berniat untuk hilang dahaga pada hari kiamat...dasyatnya!!!

Mari kita berniat minta ilmu yang berguna dan beramal dengannya semasa minum air zam-zam.....

Bangun malam

Malam tadi saya bangun pkl 2.30am dan saya tidur pkl 12am. Saya bersemangat nak solat Tahajud, solat Taubat dan solat hajat. Dah lama saya plan. Mmg tiap2 hari saya selalu terbangun awal. Tapi lepas tuh zzzzz...

Sebenarnya saya terbangun sbb Emran terjaga nak minum susu. Lantas saya yg tak solat isyak lagi terus bangun. Then lepas Isyak, terdetik hati saya.. saya nak buat solat tahajud. Di sebalik niat itu timbul gak kata2.. "Kang tak cukup tidur cemana. Kang ngantuk plak masa bawak kereta dan ke office.." Then saya teringat kata2 Prof Kamil.. doa moga2 semuanya OK. Niat bangun cergas.. niat tak ngantuk.. doa doa.. Saya lawan bisikan negatif semua dan saya terus buat. Tapi ada lagi satu yg datang.. "TAKUT". Bukan takut apa.. takut hantu malam2. Adoila.. boleh terpk mcm tuh. Pas tu saya lawan perasaan saya lagi.. saya kata.. takut Allah. Takut Allah. 

Alhamdulillah.. Saya BERJAYAA lakukan 3-3 solat buat pertama kalinya marathon setelah sekian lama tak buat begini. Yang paling saya beriya mintak ialah semoga urusan saya nak mengerjakan Umrah diterima dan dipermudahkan. Insya'allah saya akan terus lakukan sampailah ke hari yang saya cadangkan itu.. 17hb July.
 
Dan tadi.. saya telah transfer deposit kepada Syaza Travel. Alhamdulillah. Semoga urusan yg seterusnya dipermudahkan.

Harap2 duit rumah tu dapat by early June. Semoga benteng di hadapan saya akan dapat dilalui dgn mudah..

Limpahan rahmat


Saya faham apa yg diperkatakan Dr Maza. Mendengar kata2 nya saya rasa bersemangat. Allah memberikan limpahan rahmat di masjid nabi, masjidil haram dan bulan ramadan. Apa yang saya perlu improve ialah berdoa. Berdoa dgn hati yg ikhlas dan bersungguh2.

Betullah kata Ustaz. Ada orang kaya senang pergi Mekah. Anytime dia boleh pergi.. duit banyak.. tapi dia tidak direzekinya oleh ALLAH yang dekat hatinya kepada ALLAH.

Isnin, 16 Mei 2011

Duit.. oh duit

Duit drpd jualan rumah belum dapat lagi. Tapi Public Bnk drpd buyer sudh redeem kepada RHB 9hb May yg lalu. Maksudnya akaun pinjaman rumah saya itu akan ditutup. Alhamdulillah dan juga tak lama lagi saya akan dapat duit yang saya akan gunakan untuk membuat umrah. Ya Allah semoga urusan itu dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Bagaimanapun duit deposit saya dah ada. RM500 setiap orang. Saya tak sabar utk book nie. Takut habis. Sebab travel agency tu hanya allocate 40 org saje. Katanya ada 15 tempat lagi kosong. Ya Allah semoga 2 tempat itu rezeki utntuk saya dan Encik Somi.

Inilah yg dikatakan rezekikan. Padahal siksanya juga saya menanggung masalah rumah yg dulunya terbengkalai. Bayar interest beberap tahun. Now, saya syukur. Ada hikmahnya. Lihatlah betapa hebatnya pengaturan Allah.

Ahad, 15 Mei 2011

Blog Umrah

Saya terjumpa list agency yang ingin kita membuat umrah di blog ini.

  1. Aakasha Travel & Tours Sdn. Bhd Tel: 6044411551
  2. Al-Nile Tour & Travel Sdn. Bhd. Tel: 6047334024
  3. Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd Tel: 60392831588
  4. An-Najwa Travel and Tours Sdn Bhd Tel: 60321661275
  5. Beststar Travel Centre Sdn. Bhd. Tel: 60388889554
  6. C.S Holidays Sdn Bhd Tel: 60326970800
  7. Cantumas Travel and Tours Tel: 60342516588
  8. Citra Travel and Tours Sdn Bhd Tel: 6097449179
  9. Destinasi Travel and Tours Sdn Bhd Tel: 60326926115
  10. Executive Travel & Tours (M) Sdn. Bhd. Tel: 6072240063
  11. Falcon Travel and Tours Tel: 6092826008
  12. FB Travels Sdn Bhd Tel: 60341433655
  13. Festive Travels Sdn Bhd Tel: 6022721999
  14. Gemilang Travel and Tours Sdn Bhd Tel: 60342564133
  15. Housecoff Travel and Tours Sdn Bhd Tel: 6067675025
  16. Kaa Travel and Tours Sdn Bhd Tel: 60321480604
  17. Kop Travel and Tours Sdn Bhd Tel: 60322731819
  18. Ksb Travel and Tours Sdn Bhd Tel: 60392817878
  19. Misbah Travel and Tours Sdn Bhd Tel: 603-11283663
  20. Muhammadiyah Travel and Tours Sdn Bhd Tel: 6067995308
  21. Rakyat Travel Sdn Bhd Tel: 60327131664
  22. Rayhar Travels Sdn Bhd Tel: 6098592942
  23. Sila Tour & Travel Sdn Bhd Tel:60340440991
  24. S.M.A.S. Travels Sdn Bhd Tel: 60322722000
  25. TH Travel and Services Sdn Bhd Tel: 60326812020
  26. Tiram Travel Sdn.Bhd Tel: 6072244533
  27. Triways Omega Travel and Tours Sdn Bhd Tel: 60323002933
  28. Utas Travel and Tours Sdn Bhd Tel: 6062848214
  29. Wan Travel Sdn. Bhd. Tel: 6082414003
  30. Wira Saujana Travel and Tours Sdn Bhd Tel: 60361874595
  31. Yha Travel and Tours (M) Sdn Bhd Tel: 60342701522
  32. Zafco Travel and Tours Sdn Bhd Tel: 60388888801
  33. Zahafiz Travel and Tours Sdn Bhd Tel: 60355491549
Wallahualam

Pesan Ibu Mertua...

Alhamdulillah.. ibu mertua saya sudah balik umrah bersama Kak Nah, Fadli dan Hudree. Ada sorang kawan Fadli yang ikut sekali sebenarnya.

Sebenarnya, ada kisah yg tak menarik iaitu  travel agent umpama cari keuntungan semata2. Tapi tulah, taknak cerita lebih2 keburukan travel agency itu. Lagipun, bagi saya mereka menerima dugaan di sana mempunyai kelebihan yang hebat dalam erti belajar bersabar, bertimbang rasa, etc. Allah mmg memberi banyak pahala kepada mereka. Lagipun sy kata kat cik somi, org yg pernah hidup susah spt mak, kak nah dan adik beradiknya takkan komplen dengan dugaan sebegini. Cik Somi setuju sbb dia kata, mmg mak dan semua tak komplen cuma terkilan. Mereka citer yg baik belaka kepada saya. Mmg group mereka yg terdiri drpd 18 org nie semua ok ok.

Seronok dengar cerita drpd adik ipar. Dia mmg semangat. Dia kata mmg tak ingat kerja langsung masa di sana. Semuanya tenang dan seronok nak buat ibadah. Pesannya kalau nak pergi jangan pergi ngan zero. Bawak bekalan dan ilmu serta niat yg ada. Keseronokkan yang dia share kepada saya, dia berjaya membuat 7 umrah dan solat di saf pertama bersama imam di masjid nabawi. Subhannallah.. Dia juga cerita dia menangis bila melihat kaabah terasa susah air mata nak stop. Dalam hati saya.. Ya ALLAH.. hebatnya. Katanya lagi, apa saja kita hajat dan niat dan berdoa semuanya dimakmulkan immediately. Dia dapat rasa.. bestkan dengar...

Kakak ipar saya plak cerita.. mmg takde rest. Sampai drpd airport terus di Madinah terus buat ibadah. Orang sangatla ramai. Sembahyang di masjid pun boleh bergerak sbb masing2 menolak2. Adoi.. saya tak dapat bayangkan. Namun saya dapatlah sedikit tips spt jangan bawak kamera di Raudah kot nanti di rampas. Orang lelaki takpe nak ambik gambar semua. Then ceritanya lagi, kalau nak balik Malaysia jangan lah bawak balik apa2 spt batu ke, bulu burung merpati ke.. Tu agaknya orang dari negara India tak bawak even air zam2 dr sana. Memang kasut2 semua akan dikibas supaya takde batu2 melekat di tapak kasut. Katanya takut sesuatu yg tak baik terjadi bila pulang ke tanah air.

Mak mentua saya tak boleh jalan. Mmg dia kena guna wheel chair. Katanya masa nak buat tawaf dia terpaksa lakukan di masjid. Bayangkan 1km sekali tawaf katanya. Dugaan sungguhkan kalau nak buat tawaf. Belum masuk saie lagi. Sememangnya memerlukan kekuatan fizikal dan stamina yang kuat. Alhamdulillah.. mak mentua saya sihat bila balik. Takde batuk2 atau demam.

Seronok saya dengar pengalaman mereka yg pulang dr umrah. Saya gembira.. saya tak sabar2 nak pergi. Kakak ipar saya berdoa dah pada saya... Insya'allah Ja.. Kak Nah dah doakan semoga semuanya selamat pergi bulan Julai nie.. Saya menangis. Terharu mereka doakan untuk saya. Saya mmg nak pergi sangat-sangat. Ya ALLAH, makbulkan hajat ku untuk kesana dan permudahkan urusan ku itu. Amin.

Rabu, 11 Mei 2011

Suntikan AC WY135

Tadi pergi klinik. Plan nak tanya pasal suntikan nie. Masa nak submit passport kat travel agent, mmg mereka nak bukti rekod yg kita dah ambik suntikan nie. Kata doktor harga dia ialah RM300-RM400. Wahh!!! Takpe.. demi ke sana, saya akan ambik suntikan nie nanti. Insya'allah.

Latest info, husband saya kata apasal mahal sangat. Dia bawak Mak dia pergi jap nie RM120 je kat klinik di Alam Damai. Errrkkk.. Orait.. lagi bagus!
Anti Meningitis Meningococcal Quadrivalent ACYW-135 

Meningitis Injections
The Vaccine for Hajj and Umrah Requirements
Pilgrims must have certificates for the following vaccinations before entering the Kingdom of Saudi Arabia

Meningococcal Meningitis
A certificate of vaccination against Meningococcal Meningitis is required from all pilgrims from all over the world arriving for the purpose of Umrah or Hajj. The certificate must have been issued not more than three years and not less than ten days before arrival to Saudi Arabia.

The responsible authorities in the country from where the visitor comes must ensure that vaccination has been carried out for adults and children over the age of two years must receive the vaccination against meningococcal meningitis with the quadrivalent vaccine (serogroups A,C, Y and W135). Children between 3 months and 2 years of age must be given two doses of the A vaccine with a 3-month interval between the two doses. Make sure you take your vaccination certificates with you to Saudi Arabia.

Sabtu, 7 Mei 2011

Bila artis pergi Mekah

Bila artis pergi umrah.. Bila melihat orang2 kaya melakukan umrah sambil menayang kasut baru dan baju baru.. jubah baru.. kita kata mereka nak tunjuk baik. Dah buat jahat, nak tutup jahat senang je pergi mekah. Oklah mereka banyak duit...

Bila datang nyamuk2 tuh minda......

Biarkan....

Mereka tetap hamba ALLAH. Mereka tetap dapat jemputan daripada ALLAH. Sbb kengkadang kita fikir.. cemana lah mereka dpt pergi? Satu mereka ada duit semestinya. Parents mereka orang baik-baik. Mereka di bawa oleh parents mereka ke sana. Alhamdulillah. 

Allah sayang semua orang. Mcm kita sayang semua anak kita. Baik ke naughty ke. Bila kita niat nak pergi.. Allah bagi kita pergi. Allah izinkan. Allah memberi rezeki kelapangan.. rezeki wang.. ya saya dapat rasakan itu. Saya dapat rasakan ALLAH menjemput saya. Allah sayang saya. Tapi saya terasa saya perlu membuat yang terbaik semasa di sana. Saya perlu banyak membaca pengalaman orang, tips, doa, etc. Kalau saya dapat pergi saya taknak mensia-siakan peluang yang ada. Pengalaman Prof Kamil harus dijadikan contoh dan iktibar.

Cuba buangkan sangka.. artis pergi mekah.. buat jahat lepas tu taubat pergi umrah. Tayang kat paper. Then, ada yang saya baca.. Si Fulan nie pakai high heal masa kat sana.. siap reporter tuh highlight.. "Pergi umrah tuh janganlah sibuk nak tayang kasut plak.". Sedar tak sedar.. kita plak yang mengumpat. Siapakah yang tentukan dosa dan pahala. Allah jua. Kita takde hak nak cakap orang tu salah ke apa. Walaupun kita nampak terang benderang .. mmg salah sebenonya tapi bio je ler.


Saya terjumpa blog seseorang (sbb saya nak baca pengalaman orang pergi umrah) dan saya nampak dia bergambar bersama Umi Aida. Wahhh.. Lantas saya teringat, dia berkahwin di Mekah. Then saya teringat kakak dia Erma orang baik2.. pakai tudung skrang.. .. hhhmmm.. saya pasti dia akan berubah. Ehhh.. lepas tu saya tanya diri saya, yang teruk fikir pasal artis nie ke apa hal. Diri saya nie baik sangat ke? Yelah.. sbb bila fikir artis2 yang "naughty" nie senang je ke sana.. Astagfirullah. Positif.. positiff. "Bukankah ALLAH menerima TAUBAT setiap makhluknya walau sebesar gunung." Dan kita ingat.. kita sudah bagus sangat mengumpat dia?  Tanya diri balik.

Liyan* JasM*y nie boleh katakan 2 pupu saya. Dia tak kenal saya tapi saya kenal dia. Hahha. Bapak dia dan bapak saya cousin. Memang kalau kenduri kerap jumpa. Perkenalkan saya nie anak Ali  (Panggilan manja2 adik badik walaupun Bapak saya nama Zainal). Datuk saya dan dia adik beradik. Hahahha. Duk search2 website, dia pun pi umrah gak baru2 nie.  Banyak ekk sedara mara artis. Agaknya saya pun ada specis nak cari glamour macam tu kot, sbb tak boleh jadi artis tulis blog nak cari nama. Ehh tak ehhh. Sket saje.. semua nie ialah bakat. Dia mempunyai bakat berlakon dan saya ada bakat merepek menulis. Tapi saya mmg jenis suka share. Itu saya. Tak pun kaki sembang pun ya. Tapi skrang nie saya mmg mempunyai limitasi utk bersembang. Agaknya kalau suami saya kaki sembang mcm saya mmg hancus.So.. tulis blog. Syookkk.

OK.. setakat ini saje untuk hari ini.Kena buat kerja.. calos.

Jumaat, 6 Mei 2011

Kiriman Doa

Ini adalah doa yang saya buat sendiri untuk bekalan suami saya masa dia plan nak pergi dulu. Beriya saya buat untuk rujukan dia. Masa nak tulis doa tu menangis-nangis. Sebak dada rasa. Macam2 nak tulis. Sebenarnya tak siap lagi tu.. lepas saya buat ni.. petang tu dia call tak dapat pergi. Then dia keluar ayat spontenous dia.. "Kita pergi berdua lah ok."






Saya dan Cik Somi


Tadi saya called Syaza travel. PIC nama Ita. Skrang nie dah 15 book dan ada 25 lagi. Booking fees ialah RM500 sorang. Kasi passport and IC. Dia akan arrange. Full payment 45 days before date nak pergi. Kursus umrah pun disediakan. Saya teruja. Terasa mmg nak pergi sangat2.

Ehhh.. ehhh.. duit takde lagi ok. Insya'allah reimbursement hasil sales rumah dpt hujung bulan nie. Semalam, Fiza for Tetuan T*rmizi dah called inform semuanya ok dan mereka akan uruskan dgn RHB plak untuk tutup housing loan akaun saya. Bila dia cakap macam tu saya dah terbayangkan MEKAH. Saya nak pegi.. saya nak pegi.

Ya Allah, permudahkanlah urusan rumah itu supaya tak sangkut mana2. Jemputkanlah ku ke rumahMU Ya Allah. Mudahkanlah segala2nya. Saya nak ke sana sangat2..

Sementara itu saya BER What's APPs dgn Cik Somi. Dah sedia maklum ngan bini dia nie. Kalau nak satu benda.. mesti dia rasa pressure. Tak habeh2 la si bini nie bermessage. Dia macam biasa.. balas sepatah kata atau tak balas. Saya tak kisah.. sbb tau dia baca. Dia akan input cuma lambat response. Nanti kat rumah baru discuss. 

"I read a lot of books about umrah and hajj. I cried... Tak sabo nak pergi.. Tolonglah bawak I."

Sbb sebelum tu dia balas.. Nantila dulu. Saya taknak dia tak dapat pergi spt mana dia sibuk tak dapat pergi dgn mak dan adik-beradik dia. Dua minggu sebelum nak pergi dia inform tak jadi pergi.. Saya sedih. Sbb apa tau.. saya yg prepare utk dia mcm saya nak pergi. Saya yang baca buku cr nak buat umrah.. baca tips itu ini so that saya boleh inform cik somi. Saya siap buat buku kecil utk dia baca bila dia kat sana. Saya tulis banyak doa2. Sekali dia bagitahu... "I tak dapat pergi. Dah bagi tau Kak Nah... Kita pergi sama2 lah yer...". Masa tu jugak air mata yang murah sangat2 nie bercucur2an. Ya Allah.. ko jemputkan aku kah?? Bersyukur. Tutup mata.. berlinangan air mata.

Ulasan Buku


Buku ini ditulis bagi mengisi vakum yang kurang diisi oleh penulis-penulis lain khususnya bagi membina semangat haji bagi generasi muda. Sesuatu yang saya fikirkan ketika menunaikan haji pada 2002 dan diikuti oleh umrah pada 2003, 2004, 2006 dan 2008, ternyata rakyat Indonesia membangkitkan semangat haji muda ini. Secara kasar (bukan kajian ilmiah), rata-rata Indonesia diwakili oleh orang muda berpasangan suami-isteri, boleh dikatakan komposisi yang seimbang antara orang muda dan warga emas. Berpaksikan kepada keinginan ini, usaha bagi menulis catatan perjalanan dan tarbiah haji bagi orang muda sepatutnya dikongsi bersama.
Semua individu Muslim mahu melaksanakan haji tetapi menangguhkan hasrat kerana dua faktor utama iaitu belum sampai seru dan himpitan kewangan. Buku ini disusun bagi memberi kita peluang berfikir, belum sampai seru dan himpitan kewangan dapat diatasi, justeru merealisasikan haji muda.

Kandungan buku ini meliputi aspek seruan haji, menggoncang minda keinsafan, mencadangkan persediaan, cabaran haji dan panduan kewangan bagi bakal tetamu Allah. Bagi saya, seruan haji sepatutnya lahir dari dalam diri dan diterjemahkan melalui perbuatan. Semua orang perlu mencari ‘seruannya’ sendiri dengan membuat perancangan haji semasa muda, berazam sungguh-sungguh dan diikuti dengan doa.
Justeru, buku ini ditulis bagi menggarap peluang dan bermatlamat:

1. Mengajak menunaikan kewajipan haji ketika usia muda
Pengolahan jalan cerita memberi inspirasi kepada pembaca betapa pentingnya melaksanakan haji pada usia muda.

2. Menjemput pembaca berfikir falsafah Haji.
Terdapat empat konteks yang cuba saya ketengahkan. Pertama, hakikat seru. Kedua, taubat dan mohon keinsafan. Ketiga pentingnya ilmu dan mendekati sejarah nabi. Keempat apakah bentuk pendidikan haji yang menuntut kita laksanakan khususnya selepas selesai haji. Mampukah dan layakkah kita memohon Syurga Firdaus atau sekadar berada di syurga setinggan?

3. Memberi panduan haji
Sedikit panduan ringkas persediaan haji meliputi aspek fizikal, kewangan dan rohani. Buku ini disusun mengikut perjalanan penulis sebelum, ketika berada di tanah suci dan selepas melengkapkan haji. Ia ditambah nilai dengan pengalaman umrah selepas haji.

4. Tips pengurusan kewangan haji
Semua insan bercita-cita untuk ke tanah suci, kemungkinan selepas pencen. Apabila perkara ini dibincangkan dengan teman-teman, perkara pokok yang difikirkan adalah di mana hendak mencari duit? Buku ini memberi sedikit tip kepada bakal haji muda dan ibu bapa dalam merancang kewangan keluarga dan anak-anak serta sesuai menjadi panduan umum pengurusan kewangan kepada pembaca.

5. Pelengkap kepada siri buku ‘Travelog Haji‘ yang diasaskan oleh Prof Dr. haji Muhd Kamil Ibrahim dan Penerbit PTS Islamika.
Buku terdahulu, ‘Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman’ (selepas ini dirujuk sebagai THMSI) membimbing pembaca terus ke Mekah terlebih dahulu dan kemudian Madinah. Buku ini pula memimpin pembaca bagi menghayati haji semasa di Madinah bagi menggarap peluang memperoleh haji terbaik sebelum melangkah ke Mekah. Pembaca akan memperoleh manfaat daripada kedua-dua buku dengan catatan perjalanan yang berbeza. Dari sini (khusus bakal tetamu Allah yang pertama kali melangkah ke tanah suci), mereka akan mendapat gambaran perjalanan daripada dua perspektif dan bolehlah membuat perancangan perjalanan haji dari awal. Hakikatnya, kedua-dua buku mengajak pembaca berfikir dan mencadangkan panduan berguna yang dapat dimanfaatkan oleh bakal tetamu Allah.

Isi Kandungan

Bab 1: Antara Keseronokan Duniawi Dan Mencari Keredaan Allah
Bab 2: Haji : Kekuatan Visi dan Hakikat Seru
Bab 3: Kursus Haji dan Taubat
Bab 4: Semangat Haji Arwah Abah
Bab 5: Muasasah, Mercedes Biru dan Pakej Haji
Bab 6: Tempoh Haji 32 Hari
Bab 7: Mengapa Pergi Haji Pada Usia Muda ?
Bab 8: Ujian Perubatan
Bab 9: Mekah Bakal Diserang
Bab 10: Cabaran Emosi Melanda Dua Ibu
Bab 11: Jeddah : Imigresen Oh, Imigresen...
Bab 12: Tenangnya Madinah
Bab 13: Kedamaian Raudah
Bab 14: Kenapa Solat Jenazah Tiada Rukuk dan Sujud
Bab 15: Kehebatan Baqi
Bab 16: Ratapan Uhud
Bab 17: Malaikat Subuh I : Gula-gula Murah
Bab 18: Sesat: Di mana Rumah Helikopter
Bab 19: Kaedah Perhubungan Ketika di Tanah Suci
Bab 20: Solat 40 Waktu di Masjid Nabawi
Bab 21: Ziarah Wida’
Bab 22: Tayar Bas
Bab 23: Pemandu Bas Kena Ketuk Kepala
Bab 24: Umrah Wajib
Bab 25: Hilangnya Selera Makan & Restoran Afnan
Bab 26: Tabiat Orang Kita
Bab 27: Macam Mana Hendak Keluarkan Duit Di Mekah?
Bab 28: Solat Jumaat Yang Menyeksakan
Bab 29: Persiapan Wukuf
Bab 30: Perjalanan Wukuf, Satu Keinsafan
Bab 31: Arafah Yang Dipersiakan
Bab 32: Sesat di Mina
Bab 33: Tawaf Penuh Cabaran
Bab 34: Lontaran Maut - Jamrah
Bab 35: Buat Apalah Pergi Jemur Batu?
Bab 36: Maafkan Saya Makcik Yah
Bab 37: Tumbang Dengan Gelaran “Haji”
Bab 38: Hajah Muda Dan Malaikat Subuh II
Bab 39: Teori Aswad II (Laluan RIDZ)
Bab 40: Tawaf & Orang Tua Bongkok
Bab 41: Kristal Bergolek Depan Kaabah
Bab 42: Peminta Sedekah Profesional
Bab 43: Apabila Hati Berdetik dan Mulut Celopar
Bab 44: Ujian Buat Pak Teh
Bab 45: Dato’ ABC
Bab 46: Suka Duka Shopping Di Mekah
Bab 47: Tawaf Wida’ & Tangisan Mekah
Bab 48: Haji, Tawaf dan Perubahan Diri 

ulasan from pts.com.my

Pakej Umrah

Cik Somi email dekat saya pakej umrah yang dia akan pergi. Mereka yang akan pergi ialah 2 orang adik lelaki dia, kakak dia dan mak dia.

Sebenarnya, company suami saya ada Travel Agency mereka sendiri dan company dialah yang uruskan. Saya excited melihat schedule dia. Macam saya plak yang nak pergi..

Sepatutnya...

Situasi ini berlaku dalam bulan Februari yang lalu....

"Kak Nah called. Dia kata Mak nak bawak semua anak-anak dia buat umrah" inform En. Hif pada saya pada suatu hari selepas mendapat panggilan telefon drpd kakak dia dr Kelant*n. Masa saya dengar tuh, saya plak nak nangis. Sebab doa saya Allah dengar.. tapi ALLAH tak jemput saya lagi. Allah jemput suami saya dulu.

Saya nak pergi tapi siapa nak jaga anak-anak? Duit plak mana la cukup nak pergi. Nie mak mentua saya nak belanja anak-anak dia tau. Memang rezekilah suami saya. Saya kata kat En. Hif.. pergilah. Spend time ngan Mak dan adik-beradik.

Khamis, 5 Mei 2011

Testimoni

Ini ialah Testimoni yang saya ambil drpd website www.umrahziarah.com. Bercucuran air mata saya membacanya. Subhannallah. Mereka yang dijemput Allah untuk kesana memang beginilah dia..

Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatu wahai pembaca yang d muliakan oleh Allah SWT ...

Allhamdulillah saya panjatkan kehardat Ilahi, kerana dgn keizinannya saya telah di panggil untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan7 tahun ini.Terpanggilnya saya utk menunaikan ibadah umrah adalah kerana 2malam berturut-turut saya melihat Kaabah begitu dekat dgn saya di irigi dgn airmata saya yang mengalir,pada hari ketiga saya membuka website mengenai umrah dan sy begitu tertarik dgn website syazatravel.Justeru itu saya membuat panggilan pada pukul 9malam pada hari Jumaat bertanyakan tentang urusan menunaikan ibadah umrah,dan pada keesokan harinya saya menerima panggilan dari pihak syaza yg segala urusan surat permohon cuti bagi menunaikan ibadah umrah telah siap utk di ambil. sekaligus saya ambil dan membuat bayaran pendaftran.pada ketika itu saya berkerja di Tesco Ampang dan cuti saya telah lulus namun duit saya masih belum mencukupi,saya berterus terang pada pihak syaza keadaan sebenar dan saya masih diberi kesempatan untuk mengumpul keewangan bagi membayar kos penerbangan.Allhamdulillah saya terima bonus pada bulan itu dari company saya..jadi di sini bilamana kita telah mula melangkah kejalan kebaikan maka Allah akan membuka segala pintu rezeki kita insyaallah hitaalaminal mukminin..selepas selesai semuanya saya mula melaksanakan solat sunat taubat sebanyak yang mungkin dan bermohon kepadaAllah yakni "permudahkanlah segala urusan ku di tanah air ku dan setibanya aku di tanah suci itu nanti dan engkau tetapkanlah niatku kesana hanya untuk beribadah kepadamu"...Allhamdulillah doa saya telah di makbulkan.dan sebelum saya pergi sekali lagi saya di uji dgn penerbangan di tunda pada keesokan harinya,dan timbullah kepelbagaian keraguan terhadap syaza travel. Namun saya tabahkan hati kerana Allah tahu aper yang terbaik utk diri saya..Di sebabkan penerbangan saya ditunda arwah nenek saya sembuh dari sakitnya dan dikelurkan dari hospital,keran beliau mempunyai hajat untuk melihat saya memakai jubah pada saat saya hendak keluar dari rumah utk menunaikan umrah.Dan pada hari itu hanya abah saya dan kawan saya menghantar saya kelapangan terbang,mak saya tidak dapat ikut kerana ada beberapa urusan ygtidak dapat di elakkan...namun jauh di sudut hati saya inginkan saat saya kembali ketanah air saya nanti hendak melihat ramai sanak saudara yang menyambut kepulangan saya.

Allhamdulillah saya telah slamat sampai di tanah suci seperti yang di jangkakan.Tatkala saya melabuhkan kaki saya di tanah suci tersebut airmata saya mula membasahi pipi saya.sebaik sampainya saya di madinah saya tak sangka hotel itu tersangat selesa buat saya juga makanan yang di sediakan sangatlah sedap2 belaka dan perjalanan ibadah sy bermula dari raudah alhamdullilah saya dapat menunaikan solat waktu di dalam raudah dan kerap mendapat tempat di dalam raudah,melihat makam rasullah membuatkan hati saya luluh dan tertib haruslah di jaga .allhamdullillah..selepas tiga hari saya berangkat pula ke kota makkah dgn keizinan Allah sy dapat membuat umrah sebayak limabelas kali dan dapat mengucup hajarul aswad sebanyak 5 kali dan dapat menhabiskan 1surah yasin di bawah pancur emas didalam hijir ismail..Terlalu banyak peristiwa yang berlaku disana sehinggalah sy tahu siapadiri saya.Tibanya saya di tanah air saya dikejutkan dengan pemergian nenda sya yang tercinta ke rahmatullah,setibanya sya di tanah air sya ,saya di sambut di dalam masjid dan doa saya telah dikabulkan semua sanak saudara menanti kepulangan saya, alhamdulillah saya dapat mengucup dahi arwah nenda sya buat kali terakhir.di sini Allah tinggalkan saya kesan yang sangat besar yakni bergantunglah hanya pada Allah tidak selain daripadanya..Saya menyeru kalian utk menunaikan ibadah umrah ,benar menanti seruan barulah utk menunaikan ibadah umrah tapi mulakanlah langkah pertama dan berdoalah buanglah segala alasan yang kita sendiri cipta.. Bilamana Allah masih beri kita ruang dan masa luangkanlah masa kita kepadanya ...

Jutaan terimakasih yang tak terhingga saya pada pihak syaza travel yang telah banyak membantu saya dalam aper jua masaalah.

Bagi jemaah yang bakal menunaikan ibadah umrah betulkan niat anda dan banyakkan bersabar dalam apajua ujian yg melanda kerana setiap ujian akan hadir kebaikannya.Bila kita jadi tetamu Allah janganlah kita tetapkan sesuatu yang kita tidak pasti kerana Allah akan mengaturkan yang terbaik
buat tetamunya.Dan bersyuklah dgn apa jua yang Allah berikan pada kita...

Contoh terbaik yang saya boleh bagi contohnya masaalah pernerbangan di tunda jika penerbanag tidak ditunda saya tidak dapat menyambut israk mikraj di sana dan lihatlah Allah sampaikan hajat nenda saya utk melihat saya memakai jubah putih pada hari berangkatnya saya ke tanah suci dan tatkala sya pulang pula sy pula melihat beliau dgn kain putih. Jadi janganlah kita bergantung dgn yang lain selain dari Allah SWT.Sesungguhnya Allah maha mengetahu aper yang terbaik buat diri kita..

Hajat

Hajat ini datang ketika saya mendengar ceramah tentang motivasi haji dan umrah pada tahun lepas di radio IKIM Mendengar pengalaman orang ke sana saya terharu dan sedih. Ada part2 pengalaman mereka saya menangis. Lepas tu hati berkata... Aku nak ke sana!!!

Sebenarnya kan, tanpa buat sebarang perancangan saya sudah membeli buku-buku umrah.Saya takde plan sebenarnya. Saya just berharap satu hari nanti saya akan ke sana. Bila? Tak tahu. Lepas tu saya membaca blog Kak Roza wife Prof Kamil, hati semakin memuncak2 ke arah itu. Saya salin doanya.. entry blognya saya dah tak ingat..

" Ya Allah, Janganlah ambil nyawaku selagi tidak terhapus dan diampunkan dosa-dosaku. Aku ingin kembali di dalam fitrah yang bersih putih"

"Jemputlah daku ke rumahMU ketika ada rezeki kesihatan, rezeki kewangan, dan rezeki kelapangan. Jemputlah daku.. jemputlah daku! Ketika muda sebelum tua, ketika sihat sebelum sakit, ketika lapang sebelum sibuk, ketika senang sebelum susah, ketika hidup sebelum mati"

"Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurgaMU dan rahmat dan kasih sayangMU. Jadikanlah kami hamba-MU yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-MU di Syurga. Ampunkanlah dosa-dosa kam"

Saya nak pergi Mekah!

1 Jamadilakhir 1432

Percayalah rezeki itu daripada ALLAH. Setiap apa yang berlaku kepada diri kita sudah tertulis.

Oklah, hari ini saya nak create satu blog baru yang agak santai dan mempunyai hala tuju. Saya taknak terlalu formal. Mungkin saya akan gunakan aku kalau tersasul tp takpelah kan ini kan blog saya. Blog ini dicreate pada hari yang saya amat sibuk di tempat kerja tetapi idea untuk memulakan penulisan ini dtg mencurah-curah.

Saya nak buat umrah. Itu saje yang saya nak inform tapi tak register apa-apa lagi. Duit pun takde lagi. Sedang tunggu duit penjualan rumah saya di Suria Kinrar* tu. Tapi dah siap tarikh dah nak pergi boleh?!! 17hb July ke atas. Travel agent yang satu nie sudah ada  sbb Cik Somi (yang saya akan gelar En. Hif dalam cerita nie) dah ada contact anytime. Tapi tarikh tersebut hanya penerbangan dengan AirAsia (Medina). En Hif kata no AirAsia.. dia nak MAS. So saya cari dan saya jumpa- Syaza Travel and Tours. Website dia juga ialah www.umrahziarah.com. Macam menarik. Masuk website dia dan main2 dengan tarikh pilihan dia kalau nak tau harga pakej dia. Insya'allah kalau jadi boleh la saya ke  pejabat dia di Taman Kosas Ampang


Accomodation
Mawaddah Al Noor Madinah
Check In: Monday, July 18, 2011  (17 شعبان )
Check Out: Wednesday, July 20, 2011  (19 شعبان )
Hotel: Mawaddah Al Noor Madinah - 4 Stars
Mawaddah Int'l Group Hotels
Check In: Thursday, July 21, 2011  (20 شعبان )
Check Out: Thursday, July 28, 2011  (27 شعبان )
Hotel: Mawaddah Int'l Group Hotels - 3 Stars
You're reserving the following rooms: 1 Double Room
Services Included:
Air Tickets and Airport Taxes: KUL-JED-KUL.
All transfers and sightseeing via tourist bus.
Experience Tour guide or Mutawif
Meals as per itinerary
Service of meet & assist at the airport
Umrah Visa & Documentations
Ziarah Hudaibiah
Muslimah Mutawif in Raudah Medinah
Optional Services Selected
Travel Insurance MYR148

Totals
Total for accomodation fees: MYR10,980
Total for services: MYR148
Grand total (in Ringgits): MYR11,128 

Ya Allah.. Permudahkanlah urusan ku ini Jika ianya ialah travel agent yang sesuai maka permudahkanlah. Aku berserah segala2nya kepada-MU.
 

Blog Template by YummyLolly.com