Jumaat, 20 Mei 2011

Hijr Ismail

Wife Prof Kamil berjaya solat sunat di sini. Dia berdoa utk solat di situ. Membaca ceritanya, saya berhajat utk solat di sini. Saya ingin melakukannya. Insya'allah.. (Adoi tulis nie pun nak nangis)


Hijir Ismail adalah nama tempat yang terletak disebelah utara Ka’bah dilingkari oleh tembok lebar (Al-Hathimu). Hijir Ismail ini setiap saat dipenuhi hamba-hamba Allah, terutama ketika musim haji. Ditempat ini jemaah melakukan shalat, berdoa dan sebagainya. Tempat ini sama mulianya dengan di dalam Ka’bah. Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Siti Aisyah ingin sekali memasuki Ka’bah dan beribadah di dalamnya, lalu Rasulullah SAW memerintahkan masuk Hijir Ismail saja dan tidak ke dalam Ka’bah, sebab shalat / beribadah di Hijir Ismail sama dengan di dalam Ka’bah

 Doa selepas sunat di Hijr Ismail..
Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian Alam, yang memerintah hari pembalasan,
padaMu kami sembah dan padaMu kami memohon pertolongan...

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku,
tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau. Engkaulah yang telah menciptakanku, aku adalah hambaMu, aku berpegang kepada perjanjian dan taat setia terhadapMu dengan sedaya upayaku. Aku memohon perlindungan denganMu daripada dosa yang telah aku lakukan. Aku mengakui limpah kurnia Engkau ke atasku, aku mengakui juga segala dosa yang telah aku lakukan, maka ampunilah kiranya dosaku itu, kerana tiada siapa yang boleh mengampunkannya melainkan Engkau juga.

Ya Allah ya Tuhanku,
aku memohon kepada Engkau apa yang paling baik yang pernah dipohon oleh hamba-hambaMu yang soleh dan aku berlindung denganMu daripada sejahat-jahat apa yang pernah diminta perlindungan oleh hamba-hambaMu yang soleh.

Wahai Allah dengan nam-namMu yang Maha Suci dan Mulia dan sifat-sifatmu yang tinggi, bersihkanlah hati kami daripada segala keadaan yang menjauhkan kami untuk memandang kebesaran dan belas kasih sayangMu, matikanlah kami di atas perjalanan Sunnah dan Jemaah dengan rasa kecintaan untuk berjumpa denganMu wahai Tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan.

Ya Allah ya Tuhanku,
terangkanlah hatiku dengan ilmu pengetahuan dan pergunakanlah tubuh badanku untuk mentaatiMu, bersihkan hatiku daripada fitnah dan sibukkanlah fikiranku untuk mengambil iktibar. Peliharakanlah aku daripada was-was syitan dan keluarkanlah aku
daripada bahaya, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih sehingga syaitan itu tiada berkuasa ke atasku.

Ya Allah ya Tuhan kami,
sesungguhnya kami telah beriman denganMu, maka ampunilah dosa-dosa kami dan peliharalah kami daripada azab seksa neraka.

Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda, sahabat2 baginda, kaum muslimin dan muslimat seluruhnya..

~amin ya rabbal 'alamin.

Info nie saya ambil di sini.
Credits:
http://teambulls.wordpress.com/2009/09/08/apa-itu-hijr-ismail/
http://kasihdihati.blogspot.com/2010/05/doa-selepas-solat-sunat-di-hijr-ismail.html

1 ulasan:

wan berkata...

InsyaAllah Ja, InsyaAllah.. tak lama lagi dah.. aku doakann

Catat Ulasan

 

Blog Template by YummyLolly.com