Khamis, 5 Mei 2011

Hajat

Hajat ini datang ketika saya mendengar ceramah tentang motivasi haji dan umrah pada tahun lepas di radio IKIM Mendengar pengalaman orang ke sana saya terharu dan sedih. Ada part2 pengalaman mereka saya menangis. Lepas tu hati berkata... Aku nak ke sana!!!

Sebenarnya kan, tanpa buat sebarang perancangan saya sudah membeli buku-buku umrah.Saya takde plan sebenarnya. Saya just berharap satu hari nanti saya akan ke sana. Bila? Tak tahu. Lepas tu saya membaca blog Kak Roza wife Prof Kamil, hati semakin memuncak2 ke arah itu. Saya salin doanya.. entry blognya saya dah tak ingat..

" Ya Allah, Janganlah ambil nyawaku selagi tidak terhapus dan diampunkan dosa-dosaku. Aku ingin kembali di dalam fitrah yang bersih putih"

"Jemputlah daku ke rumahMU ketika ada rezeki kesihatan, rezeki kewangan, dan rezeki kelapangan. Jemputlah daku.. jemputlah daku! Ketika muda sebelum tua, ketika sihat sebelum sakit, ketika lapang sebelum sibuk, ketika senang sebelum susah, ketika hidup sebelum mati"

"Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurgaMU dan rahmat dan kasih sayangMU. Jadikanlah kami hamba-MU yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-MU di Syurga. Ampunkanlah dosa-dosa kam"

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Blog Template by YummyLolly.com