Ahad, 15 Mei 2011

Pesan Ibu Mertua...

Alhamdulillah.. ibu mertua saya sudah balik umrah bersama Kak Nah, Fadli dan Hudree. Ada sorang kawan Fadli yang ikut sekali sebenarnya.

Sebenarnya, ada kisah yg tak menarik iaitu  travel agent umpama cari keuntungan semata2. Tapi tulah, taknak cerita lebih2 keburukan travel agency itu. Lagipun, bagi saya mereka menerima dugaan di sana mempunyai kelebihan yang hebat dalam erti belajar bersabar, bertimbang rasa, etc. Allah mmg memberi banyak pahala kepada mereka. Lagipun sy kata kat cik somi, org yg pernah hidup susah spt mak, kak nah dan adik beradiknya takkan komplen dengan dugaan sebegini. Cik Somi setuju sbb dia kata, mmg mak dan semua tak komplen cuma terkilan. Mereka citer yg baik belaka kepada saya. Mmg group mereka yg terdiri drpd 18 org nie semua ok ok.

Seronok dengar cerita drpd adik ipar. Dia mmg semangat. Dia kata mmg tak ingat kerja langsung masa di sana. Semuanya tenang dan seronok nak buat ibadah. Pesannya kalau nak pergi jangan pergi ngan zero. Bawak bekalan dan ilmu serta niat yg ada. Keseronokkan yang dia share kepada saya, dia berjaya membuat 7 umrah dan solat di saf pertama bersama imam di masjid nabawi. Subhannallah.. Dia juga cerita dia menangis bila melihat kaabah terasa susah air mata nak stop. Dalam hati saya.. Ya ALLAH.. hebatnya. Katanya lagi, apa saja kita hajat dan niat dan berdoa semuanya dimakmulkan immediately. Dia dapat rasa.. bestkan dengar...

Kakak ipar saya plak cerita.. mmg takde rest. Sampai drpd airport terus di Madinah terus buat ibadah. Orang sangatla ramai. Sembahyang di masjid pun boleh bergerak sbb masing2 menolak2. Adoi.. saya tak dapat bayangkan. Namun saya dapatlah sedikit tips spt jangan bawak kamera di Raudah kot nanti di rampas. Orang lelaki takpe nak ambik gambar semua. Then ceritanya lagi, kalau nak balik Malaysia jangan lah bawak balik apa2 spt batu ke, bulu burung merpati ke.. Tu agaknya orang dari negara India tak bawak even air zam2 dr sana. Memang kasut2 semua akan dikibas supaya takde batu2 melekat di tapak kasut. Katanya takut sesuatu yg tak baik terjadi bila pulang ke tanah air.

Mak mentua saya tak boleh jalan. Mmg dia kena guna wheel chair. Katanya masa nak buat tawaf dia terpaksa lakukan di masjid. Bayangkan 1km sekali tawaf katanya. Dugaan sungguhkan kalau nak buat tawaf. Belum masuk saie lagi. Sememangnya memerlukan kekuatan fizikal dan stamina yang kuat. Alhamdulillah.. mak mentua saya sihat bila balik. Takde batuk2 atau demam.

Seronok saya dengar pengalaman mereka yg pulang dr umrah. Saya gembira.. saya tak sabar2 nak pergi. Kakak ipar saya berdoa dah pada saya... Insya'allah Ja.. Kak Nah dah doakan semoga semuanya selamat pergi bulan Julai nie.. Saya menangis. Terharu mereka doakan untuk saya. Saya mmg nak pergi sangat-sangat. Ya ALLAH, makbulkan hajat ku untuk kesana dan permudahkan urusan ku itu. Amin.

1 ulasan:

wan berkata...

bestnya baca. best..

Catat Ulasan

 

Blog Template by YummyLolly.com