Jumaat, 6 Mei 2011

Saya dan Cik Somi


Tadi saya called Syaza travel. PIC nama Ita. Skrang nie dah 15 book dan ada 25 lagi. Booking fees ialah RM500 sorang. Kasi passport and IC. Dia akan arrange. Full payment 45 days before date nak pergi. Kursus umrah pun disediakan. Saya teruja. Terasa mmg nak pergi sangat2.

Ehhh.. ehhh.. duit takde lagi ok. Insya'allah reimbursement hasil sales rumah dpt hujung bulan nie. Semalam, Fiza for Tetuan T*rmizi dah called inform semuanya ok dan mereka akan uruskan dgn RHB plak untuk tutup housing loan akaun saya. Bila dia cakap macam tu saya dah terbayangkan MEKAH. Saya nak pegi.. saya nak pegi.

Ya Allah, permudahkanlah urusan rumah itu supaya tak sangkut mana2. Jemputkanlah ku ke rumahMU Ya Allah. Mudahkanlah segala2nya. Saya nak ke sana sangat2..

Sementara itu saya BER What's APPs dgn Cik Somi. Dah sedia maklum ngan bini dia nie. Kalau nak satu benda.. mesti dia rasa pressure. Tak habeh2 la si bini nie bermessage. Dia macam biasa.. balas sepatah kata atau tak balas. Saya tak kisah.. sbb tau dia baca. Dia akan input cuma lambat response. Nanti kat rumah baru discuss. 

"I read a lot of books about umrah and hajj. I cried... Tak sabo nak pergi.. Tolonglah bawak I."

Sbb sebelum tu dia balas.. Nantila dulu. Saya taknak dia tak dapat pergi spt mana dia sibuk tak dapat pergi dgn mak dan adik-beradik dia. Dua minggu sebelum nak pergi dia inform tak jadi pergi.. Saya sedih. Sbb apa tau.. saya yg prepare utk dia mcm saya nak pergi. Saya yang baca buku cr nak buat umrah.. baca tips itu ini so that saya boleh inform cik somi. Saya siap buat buku kecil utk dia baca bila dia kat sana. Saya tulis banyak doa2. Sekali dia bagitahu... "I tak dapat pergi. Dah bagi tau Kak Nah... Kita pergi sama2 lah yer...". Masa tu jugak air mata yang murah sangat2 nie bercucur2an. Ya Allah.. ko jemputkan aku kah?? Bersyukur. Tutup mata.. berlinangan air mata.

3 ulasan:

wan berkata...

thanks ja invite aku baca..
huhu aku tak habis lg bac ani, tp sekilas baca aku dah tahu apa intipatinya. bestnya ja, aku doakan ko dpt pegi, dan aku jugak dpt pegi ASAP.
aku terus terang ckp selepas baca buku travelog haji tu kan, mmg set kepala, kalau dibeli rezeki oleh ALlah, kalau berkesempatan dan berpeluang, mintak doa moga Mekah tu tempat pertama di tuju sebelum destinasi2 dunia yg lain.
AKu doakan ko ja, ko pun doakan lah aku. jap nak sambung baca.

iamja77 berkata...

Wan.. sebelum aku pi, aku akan sms kan kawan MJ aku.. dan kirimlah doa. Aku akan baca doa2 kawan2 aku kat sana.. Insya'allah... Tapi seriously blog poyo aku nie.

wan berkata...

x pe org kata poyo ke tak. jgn pk apa org ckp ja. apa jua kita buat itu yg dibawak amsuk kubur. Janji niat baik, kan kan. Aku respect ko ja. Byk ingat mengingati. Lagi besar pahala tu. Manfaat berpanjangan..

Catat Ulasan

 

Blog Template by YummyLolly.com