Isnin, 8 April 2013

Rindu



Rindu saya pada kota Mekah dan Madinah susah hendak diungkapkan. Mungkin orang yg pernah ke sini saje dapat merasainya. Kadang2 saya boleh menangis bila terdengar zikir Allah.. saya nangis bila terdengar orang membaca Al-Quran.. saya tak sabar nak solat (sbb skrang saya bercuti sbb sampai saje airport hari Jumaat lalu terus bendera Jepun berkibar.. huuhuhuh). Terasa nak ke masjid utk solat jemaah dan mendengar ayat2 Quran dan merasai suasana di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Saya membuat Umrah bukan untuk riak. Tujuan ke sana tiada maksud utk bermegah2. Dan lagi satu tiada nazar apa2. Saya ke sana sbb saya ingin pergi. Alhamdulillah.. dgn izin suami, saya dapat pergi bersama dia. Keinginan ini sudah lama saya utarakan sejak saya mendengar kisah umrah/haji dalam radio IKIM. Kebetulan hajat ibu mertua untuk anak2 nya semua ke sana dan sepatutnya suami saya pergi bersama ibunya dan bukan bersama saya. Tetapi dalam sebulan suami dan adik beradiknya hendak ke sana, dia ada urgent tasks yg kena di siapkan. Lantas, suami mengajak saya bersama. Pada ketika itu saya rasa nak menangis tanda gembira. Saya sedar Allah mendengar doa saya. Sejak itu, bermulalah proses persiapan utk ke sana. Doa saya utk ke sana tidak pernah putus semoga Allah menjemput dan memudahkan saya ke sana. Murahkan rezeki saya... Ia bermula pada bulan 4 yang lalu.

Proses mendekatkan diri kepada Allah saya lakukan walaupun banyak dugaannya. Saya membaca dan terus membaca apa jua ilmu yg berkaitan dgn haji dan umrah. Banyak perkara ingin saya tahu dan saya memaksa diri saya mendengar ceramah agama dan membaca buku2 agama. Alhamdulillah.. dlm hidup ini saya nampak Allah memberi banyak kemudahan dlm diri saya. Kadang2 kalau difikirkan ianya kebetulan tapi bila kita ingatkan ALLAH, syukur... Allah melindungi dan menyayangiku.

Masa menulis entry ini, saya rasa sayu yang amat sangat. Saya rasa sebak tak tertahan. Tak tahu apasal. Teringat saya sebelum ke Mekah. Banyak dugaannya Allah saje yang tahu. Anak2 yang tak sihat dan menyebabkan saya tidak boleh tidur. Saya tidur 4 jam sehari. Baru nak lena, pukul 3-4 dah bangun. Masya'allah. Tingat juga saat saya pergi ke Bkt kiara Disney Jr yg berpanas terik itu. Mmg panas sungguh. Ya Allah.. sesungguhnya semua itu ialah latihan dan persediaan saya untuk ke sana rupanya. Allah train diri saya.

Di Mekah... saya tidur 4 jam saje. Sebabnya Subuh pada pukul 4.30am. Pkl 3.30am azan sudah berbunyi. Azan bunyi 2 kali. Cuaca.. kalau Bukit Kiara itu panas.. di Mekah lagi panas. Hampir 49 celcius. Aktiviti Tawaf dan saei merupakan aktiviti fizikal yg memerlukan stamina yg kuat mengingatkan saya yang terkeput2 menguruskan anak2 saya setiap hari.

Allah Maha Hebat, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Aktiviti saya selama di Mekah dan Madinah tidak lain hanya beribadah semata2. Saya mmg sudah niat taknak shopping dan sememangnya saya tidak shopping. Tidak ada nafsu utk membeli belah dan kalau membeli pun hanya benda2 penting... kurma utk berbuka puasa dan adalahlah sedikit2 utk keluarga. Dan akhirnya saya sedar, amalan2 yg saya lakukan di sana sebenarnya utk bekalan saya di sini. Di sana ialah tempat trainning saya mengabdikan diri kepada ALLAH. Berdoa, berzikir dan mengingati Allah selalu.

Pagi tadi saya ternampak status FB Ustaz Zahazan. 

"4 Jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun), kedua memperbanyakkan ucapan syahadah, ketiga berdoa meminta syurga dan keempat memohon keredaan Allah." - Riwayat al-Baihaq
 
Masya'allah.. inilah amalan yang Ustaz Farid menyuruh kami lakukan di sana juga. Bayangkan semasa di Masjidil Haram, hati saya sangat tenang. Kalau solat sunat, saya tidak terasa langsung keterpaksaannya. Perasaan utk memperbanyakkan ibadah hadir dalam diri kerana sedar susah saya utk ke sana  di samping utk meminta pengampunan daripada Allah.

Ya Allah, tetapkanlah imanku, hatiku kepadaMu dan ketaatanku padaMu. Janganlah Engkau membolak balikkan hati ku setelah Engkau memberi petunjuk kepada diriku.

Pada masa ini, apa yang saya fikir saya nak ke sana lagi. Semoga Allah murahkan rezeki saya dan menjemput saya ke sana lagi. Saya sayang Allah dan Rasulullah. (Teringat semasa di Masjid Nabawi yang penuh ketenangan).

Umrah yang Indah

Sukar saya nak mengungkapkan tentang kehebatan Mekah dan Madinah. Yang pasti, saya sangat sayu meninggalkan 2 kota yang memberi saya satu semangat, ilmu, panduan, pengajaran dan pengalaman yang sangat indah dalam hidup saya.

Saya taknak cerita tentang ibadah2 saya di sana sbb takut menimbulkan riak dan sombong. Namun saya tahu, pembaca yang mengenal saya tahu tentang diri saya. Tiada niat untuk saya menghebohkan satu dunia tentang diri saya melainkan untuk berkongsi pengalaman dan ilmu semoga sama2 mendapat hidayah daripadaNYA. Insya Allah.

Allah mendengar doa saya sejak dari Malaysia dan Allah memakbulkan doa saya selama saya berada di sana. Masya Allah dan Allah yang Maha Agung dan Berkuasa menunjukkan setiap KehebatanNYA selama saya berada di sana. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

"Ya Allah, bimbingkanlah aku dan positifkan fikiranku dalam aku membuat keputusan". Uwaaa... Apa yang pasti apabila berada di sana dengan mengangkat tangan, kita rasa sayu dan kusyuk dan yakin Allah Maha Mendengar. Setiap kali kita mendirikan solat terasa kusyuk. Hebat! 


Kaabah sebagai medan kiblat. Pusingan Tawaf di sini tidak pernah berenti. Kata Ustaz, tawaf Malaikat di langit sama paksi dengan kaabah di bumi. Namun jangan salah erti, kaabah bukan tempat untuk kita sembah. Allah berada di mana-mana. Sbb Allah yang maha hebat itu tidak boleh dilihat dengan pancaindera kita kecuali hati kita yang ikhlas. Tetapi Allah ada berkata, kalau kita melihat kaabah kita akan mendapat pahala. Manusia yang dijemput sebagai tetamu Allah ini, bersungguh2 meningkatkan amal ibadah mereka kerana di sini lah pahala kita akan digandakan. 1 solat di Masjdil Haram bersamaan dengan 100,000 pahala berbanding dengan solat di Masjid2 lain. 


Saya sangat bersyukur kerana pergi bersama suami tercinta. Seorang suami kurniaan Allah kepada saya yang Allah telah memberi kelapangan kepada kami berdua untuk bersama2 beribadah. Saat inilah saya bersyukur kerana dengan jelas, inilah jodoh saya yang sudah tertulis di lauh Mahfuz. Akan saya berusaha menjadi seorang isteri yang baik dan semoga Allah memberi kebahagian kepada kami berdua di dunia dan akhirat. Hampir 9 tahun perkahwinan kami dan inilah hadiah yang paling hebat kerana kami diberi masa untuk berdua setelah sibuk dengan kerja, melayan anak2, balik lambat, etc. Allah memberi kami kasih sayang disamping utk beribadah kepadaNYA. "Ya Allah, semoga temukan kami di syurga kelak.. syurga Firdaus Ya ALLAH..."










Apa yang kita buat, semuanya adalah rezeki masing2. Melihat tetamu2 Allah di sana yang sangat ramai dan padat, saya yakin Allah pasti akan menjemput kita sorang demi seorang. Yang penting, jangan putus berdoa kepada ALLAH. Allah pasti memberi kemudahan kepada kita.

Saya nak share tentang kejadian2 yang saya dan suami alami..

1. Semasa suami saya solat jumaat di dataran kaabah yang panas terik, tiba2 datang awan betul2 tengah kaabah itu. So, suami saya kata dia terasa sejuk dan tidak rasa panas walau temperature pada masa tuh 48 celcius. Kata orang ada Wali Allah pada masa tuh.

2. Semasa saya tawaf, walaupun cuaca panas kadang2 saya terasa seperti ada angin bertiup pada badan saya. Kata orang, ada Malaikat di sekitar itu.

3. Hujan turun semasa saya dan suami menuju ke Masjid. Pada masa tu saya dan suami sebak sbb yang pasti Allah telah menurunkan rahmat kepada tetamu2 Allah. Ustaz kata, kalau kita angkat tangan semasa hujan turun tuh, doa kita akan dimakbulkan. Masya Allah.

4. Bila saya terasa nak membuang air kecil atau besar, saya hanya berdoa semoga saya tak terasa nak membuang. Alhamdulillah.. memang tak terasa. Cuma apabila kita melangkah keluar drpd masjid, mulakan nak tunaikan hajat. Hahahaha. Tapi memang sangat hebat.

Umrah bukanlah tempat untuk bercuti-cuti, berziarah dan bersenang-lenang, tetapi umrah ialah proses mengimprovekan hati, mendekatkan diri kepada Allah dan melatih diri kita untuk bersabar. Tiada program khas sebagai aturcara percutian kita kecuali tawaf, saei dan tahlul. Dari situlah kita belajar tentang kehebatan dan kebesaran Allah. Kita akan berasa kepuasan, kebahagian dan ketenangan yg tidak pernah kita rasai dalam hidup kita. Memang proses nya bersusah payah, tp di sudut hati kita terkandung nikmat yang tak terkata.

Saya berdoa semoga saya dapat ke sana lagi.  Moga2 Allah memurahkan rezeki saya untuk menunaikan haji pula.  Saya rindu semasa bertawaf dan bersaei. Saya rindu suasana yang penuh kedamaian dan ketenangan. Saya rindu air zam-zam. 

Saya berdoa semoga Allah memberi saya kesihatan yang baik menjelang bulan Ramadhan ini utk beribadah kepada NYA. Semoga Allah menemukan saya dengan malam LAILATUR QADAR.

Selamat menjalankan ibadah berpuasa semuanya.. amin
 

Blog Template by YummyLolly.com