Memaparkan catatan dengan label ja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ja. Papar semua catatan

Selasa, 28 Jun 2011

Beberapa hari lagi..

Alhamdulillah.. saya ada lagi tinggal 2 hari nak menggantikan puasa. Insya'allah.. saya akan cuba habiskan dalam minggu ini. Hari ini sudah 26 Rejab. Minggu ini akan tamat Rejab. Masya'allah. Minggu depan Syaaban menjelang dan saya akan ke Mekah tidak lama lagi...

Tinggal beberapa hari lagi sebelum berangkat. Rasa macam tak sabar.. takut.. berdebar2 semua ada. Namun seperti Ustaz yang saya hadiri dalam kursus umrah hari itu ada mengatakan, memang banyak dugaannya sebelum pergi. Ia bermula di saat kita register. Memang.. ada jer..

Setiap hari saya, banyak benda yang mengajar saya. Erti sabar.. erti ingatan di Padang Masyar.. ingatan tentang Dajal. Alhamdulillah, dgn berkat buku yg saya baca ada banyak kaitannya juga. Contohnya, saya puasa hari ini. Tapi saya makan sikit saje utk sahur. Bukan itu saje, hari2 sebelum itu dgn anak sakit dan kurang tidur sangat memenatkan. Namun, proses ini memang betul mengajar saya kerana saya akan cuba mengaitakan semasa ibadah saya nanti. Bukankah di Mekah nanti akan lebih penat. So, apa yang saya alami ini ialah sebagai latihan fizikal dan mental. Udahlah penat.. terasa lapar tiba2. Ada je hati nak berbuka. Tapi saya sabar. Bagi saya kalau saya puasa, hati akan lebih kusyuk dan fokus. Saya lawan nafsu saya untuk berbuka. Alhamdulillah.. saya harap puasa saya hari ini berkekalan sampai Maghrib nanti. 

Ok.. jam dah berbunyi. Pulang dulu..

Khamis, 16 Jun 2011

Alahai kawanku...


Terima kasih Wai. Saya tersentuh dgn status sahabat saya nie. Terima kasih Wai. Insya'allah.. aku cuba buat yg terbaik di sana. Pergi ke sana terasa macam nak berjuang dan berperang. Bukan apa.. tak pernah pergi kan. Dapat pergi nak prepare semua persediaan dan bekalan yg secukupnya supaya semuanya dipermudahkan dgn izinNYA. Kita bukan orang kaya.. jadi bila ada peluang nie, semua tips2 orang yg dah pergi kita kumpul. Buku2 yg berkenaan saya baca dan salin nota2nya. Then prepare hati yg kena train supaya bersabar, bersih dan penuh kehambaan kepada ALLAH.

Mmg.. saya menerima banyak dugaan lately utk uji sabar saya. Ujian keletihan, kerenah anak, kerja, family saya yg sibuk dgn rumah barunya dgn kisah kontraktornya, etc. Mmg kalau fikir.. adoi mak.. letey wooo.  Dan lagi satu.. redemption rumah tak dapat lagi. Semoga ALLAh permudahkan.. Dari situlah saya belajar bercakap dgn ALLAH. 

Ada jugak datang sekelumit risau. Tapi saya pegang kepada niat saya.. bergantung kepada ALLAH. Minta mudah.. mintak cepat. Fiza from Tetuan Term**i, inform saya.... insya'allah Kak.. saya dah submit minggu lepas. Minggu depan kalau takde apa2 dapat. Yer, saya bakal dapat keuntungan hasil drpd jualan rumah saya. Bank keluarkan 2 kali redemption. Satu utk bank loan saya. Bank loan saya dah settle 2 minggu lepas. Now giliran duit saya plak. Tapi duit tu under cheque name lawyer. Bila dah bayar segala kos2 guaman nie, mereka akan transfer duit itu kepada saya. Syukur saya dapat buyer dan lawyer yang sangat baik sekali... Inilah yg saya rasa hikmah jual rumah yg tak terlalu mahal lepas 3 buyer sebelumnya tak jadi beli. Bukakah itu ALLAH dah lorongkan...Masya'allah. (Saya niat nak bagi kurma utk Fiza(person in charge kat Tetuan Term**Z ) dan Kamarul(buyer).. insya'allah).

Minta Maaf Kawan2..
Tetiba terasa bersalah sbb saya tak inform kawan2 saya yg lain. Saya akan inform bila tiba masa saya nak berangkat nanti yer. Even blog nie akan saya publishkan selama 2 minggu sepeninggalan saya ke Mekah nanti Insya'allah. Harap kawan2 saya yang lain tidak kecil hati. Semua kawan saya OK.. cuma saya malu sbb takut tak jadi. Beriya kita menceritakan kisah kita yang bagi saya.. saya mmg seorang yg sangat poyo. Nanti tak jadi.. hik hik.. MALU. Tapi saya tak kisah pun sbb saya dah biasa termalu diri sendiri. Cuma saya taknak orang ingat saya.. saya nie bagus sgt sbb saya mmg TAK BAGUS. Saya masih budak baru belajar utk CUBA membuat yg terbaik. Insya'allah.  Tapi prinsip saya, kalau saya nak sesuatu saya akan buatkan bersungguh2. (Teringat saya buat UPTREND dulu). 

UPTREND
Dalam hidup saya saya belajar banyak perkara. Bila saya banyak membaca buku2 agama dan motivasi, saya sedar.. DUNIA ini penuh dgn mainan dan tipu daya semata2. Kita terlalu taksub nak mengejar kemewahan.  Saya sedar kenapa ALLAH tak bagi keuntungan pada saya ms buat uptrend dulu. Sbb kadang2 hidup susah lagi bagus drpd menjadi kaya. Mungkin kalau kita senang, kita dah lupa kepada ALLAH. Walaupun masa uptrend dulu mereka ajar saya.. buat baik.. solat.. barulah rezeki murah. Jadi saya fikir, buat baik utk saham akhirat semata2 utk kenikmatan dunia? So, apa yg nak kita kejar nie.... duit or akhirat. Memanglah kita sesak duit.. memang kita perlukan duit tapi saya sedar... duit banyak macammana pun tak pernah cukup. Tapi saya nampak, kawan2 saya yg kecundang dalam business MLM nie  mula beralih kepada ilmu akhirat. Alhamdulillah. Bukankah itu yg lebih baik drpd berjaya memiliki rumah 1 juta di dunia tp amalan di akhirat is ZERO. Ya saya nampak kawan2 yang berjaya pergi Mekah dgn buat business MLM sbb bagi saya mungkin itu niat dia.. dan dia dapat. Rezeki daripada Allah dan kepada nye jua milik nya kita dikembalikan. Masya'allah.. tapi saya yakin, it's ok tak jadi jutawan pun.. biarlah kita mengejar utk menjadi jutawan akhirat.. bukankah di sana lebih indah. Rumah 1 juta dan kereta mewah di dunia akan kita tinggalkan bila kita mati kan..  Tapi kalau kita kaya di dunia.. harus jugak di ingat.. kadang2 rezeki yang Allah beri di dunia bukan utk kita tetapi utk orang lain. Dan saham kita yang sebenarnya ialah apa yg kita beri (sedekah/zakat) dan bukan harta simpanan kita di bank sbb at the end of the day.. harta dan duit itu tak jadi milik kita pun.. 

Ehh saya nak cerita umrah ke pasal rezeki. Takpe.. apa2 pun akan saya bawakan doa rezeki ini di depan kaabah nanti. semoga Allah berkati ibadah saya di dunia dan akhirat. Amin.

Ahad, 15 Mei 2011

Pesan Ibu Mertua...

Alhamdulillah.. ibu mertua saya sudah balik umrah bersama Kak Nah, Fadli dan Hudree. Ada sorang kawan Fadli yang ikut sekali sebenarnya.

Sebenarnya, ada kisah yg tak menarik iaitu  travel agent umpama cari keuntungan semata2. Tapi tulah, taknak cerita lebih2 keburukan travel agency itu. Lagipun, bagi saya mereka menerima dugaan di sana mempunyai kelebihan yang hebat dalam erti belajar bersabar, bertimbang rasa, etc. Allah mmg memberi banyak pahala kepada mereka. Lagipun sy kata kat cik somi, org yg pernah hidup susah spt mak, kak nah dan adik beradiknya takkan komplen dengan dugaan sebegini. Cik Somi setuju sbb dia kata, mmg mak dan semua tak komplen cuma terkilan. Mereka citer yg baik belaka kepada saya. Mmg group mereka yg terdiri drpd 18 org nie semua ok ok.

Seronok dengar cerita drpd adik ipar. Dia mmg semangat. Dia kata mmg tak ingat kerja langsung masa di sana. Semuanya tenang dan seronok nak buat ibadah. Pesannya kalau nak pergi jangan pergi ngan zero. Bawak bekalan dan ilmu serta niat yg ada. Keseronokkan yang dia share kepada saya, dia berjaya membuat 7 umrah dan solat di saf pertama bersama imam di masjid nabawi. Subhannallah.. Dia juga cerita dia menangis bila melihat kaabah terasa susah air mata nak stop. Dalam hati saya.. Ya ALLAH.. hebatnya. Katanya lagi, apa saja kita hajat dan niat dan berdoa semuanya dimakmulkan immediately. Dia dapat rasa.. bestkan dengar...

Kakak ipar saya plak cerita.. mmg takde rest. Sampai drpd airport terus di Madinah terus buat ibadah. Orang sangatla ramai. Sembahyang di masjid pun boleh bergerak sbb masing2 menolak2. Adoi.. saya tak dapat bayangkan. Namun saya dapatlah sedikit tips spt jangan bawak kamera di Raudah kot nanti di rampas. Orang lelaki takpe nak ambik gambar semua. Then ceritanya lagi, kalau nak balik Malaysia jangan lah bawak balik apa2 spt batu ke, bulu burung merpati ke.. Tu agaknya orang dari negara India tak bawak even air zam2 dr sana. Memang kasut2 semua akan dikibas supaya takde batu2 melekat di tapak kasut. Katanya takut sesuatu yg tak baik terjadi bila pulang ke tanah air.

Mak mentua saya tak boleh jalan. Mmg dia kena guna wheel chair. Katanya masa nak buat tawaf dia terpaksa lakukan di masjid. Bayangkan 1km sekali tawaf katanya. Dugaan sungguhkan kalau nak buat tawaf. Belum masuk saie lagi. Sememangnya memerlukan kekuatan fizikal dan stamina yang kuat. Alhamdulillah.. mak mentua saya sihat bila balik. Takde batuk2 atau demam.

Seronok saya dengar pengalaman mereka yg pulang dr umrah. Saya gembira.. saya tak sabar2 nak pergi. Kakak ipar saya berdoa dah pada saya... Insya'allah Ja.. Kak Nah dah doakan semoga semuanya selamat pergi bulan Julai nie.. Saya menangis. Terharu mereka doakan untuk saya. Saya mmg nak pergi sangat-sangat. Ya ALLAH, makbulkan hajat ku untuk kesana dan permudahkan urusan ku itu. Amin.

Jumaat, 6 Mei 2011

Saya dan Cik Somi


Tadi saya called Syaza travel. PIC nama Ita. Skrang nie dah 15 book dan ada 25 lagi. Booking fees ialah RM500 sorang. Kasi passport and IC. Dia akan arrange. Full payment 45 days before date nak pergi. Kursus umrah pun disediakan. Saya teruja. Terasa mmg nak pergi sangat2.

Ehhh.. ehhh.. duit takde lagi ok. Insya'allah reimbursement hasil sales rumah dpt hujung bulan nie. Semalam, Fiza for Tetuan T*rmizi dah called inform semuanya ok dan mereka akan uruskan dgn RHB plak untuk tutup housing loan akaun saya. Bila dia cakap macam tu saya dah terbayangkan MEKAH. Saya nak pegi.. saya nak pegi.

Ya Allah, permudahkanlah urusan rumah itu supaya tak sangkut mana2. Jemputkanlah ku ke rumahMU Ya Allah. Mudahkanlah segala2nya. Saya nak ke sana sangat2..

Sementara itu saya BER What's APPs dgn Cik Somi. Dah sedia maklum ngan bini dia nie. Kalau nak satu benda.. mesti dia rasa pressure. Tak habeh2 la si bini nie bermessage. Dia macam biasa.. balas sepatah kata atau tak balas. Saya tak kisah.. sbb tau dia baca. Dia akan input cuma lambat response. Nanti kat rumah baru discuss. 

"I read a lot of books about umrah and hajj. I cried... Tak sabo nak pergi.. Tolonglah bawak I."

Sbb sebelum tu dia balas.. Nantila dulu. Saya taknak dia tak dapat pergi spt mana dia sibuk tak dapat pergi dgn mak dan adik-beradik dia. Dua minggu sebelum nak pergi dia inform tak jadi pergi.. Saya sedih. Sbb apa tau.. saya yg prepare utk dia mcm saya nak pergi. Saya yang baca buku cr nak buat umrah.. baca tips itu ini so that saya boleh inform cik somi. Saya siap buat buku kecil utk dia baca bila dia kat sana. Saya tulis banyak doa2. Sekali dia bagitahu... "I tak dapat pergi. Dah bagi tau Kak Nah... Kita pergi sama2 lah yer...". Masa tu jugak air mata yang murah sangat2 nie bercucur2an. Ya Allah.. ko jemputkan aku kah?? Bersyukur. Tutup mata.. berlinangan air mata.
 

Blog Template by YummyLolly.com