Memaparkan catatan dengan label umrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umrah. Papar semua catatan

Khamis, 19 Mei 2011

Bangun malam

Malam tadi saya bangun pkl 2.30am dan saya tidur pkl 12am. Saya bersemangat nak solat Tahajud, solat Taubat dan solat hajat. Dah lama saya plan. Mmg tiap2 hari saya selalu terbangun awal. Tapi lepas tuh zzzzz...

Sebenarnya saya terbangun sbb Emran terjaga nak minum susu. Lantas saya yg tak solat isyak lagi terus bangun. Then lepas Isyak, terdetik hati saya.. saya nak buat solat tahajud. Di sebalik niat itu timbul gak kata2.. "Kang tak cukup tidur cemana. Kang ngantuk plak masa bawak kereta dan ke office.." Then saya teringat kata2 Prof Kamil.. doa moga2 semuanya OK. Niat bangun cergas.. niat tak ngantuk.. doa doa.. Saya lawan bisikan negatif semua dan saya terus buat. Tapi ada lagi satu yg datang.. "TAKUT". Bukan takut apa.. takut hantu malam2. Adoila.. boleh terpk mcm tuh. Pas tu saya lawan perasaan saya lagi.. saya kata.. takut Allah. Takut Allah. 

Alhamdulillah.. Saya BERJAYAA lakukan 3-3 solat buat pertama kalinya marathon setelah sekian lama tak buat begini. Yang paling saya beriya mintak ialah semoga urusan saya nak mengerjakan Umrah diterima dan dipermudahkan. Insya'allah saya akan terus lakukan sampailah ke hari yang saya cadangkan itu.. 17hb July.
 
Dan tadi.. saya telah transfer deposit kepada Syaza Travel. Alhamdulillah. Semoga urusan yg seterusnya dipermudahkan.

Harap2 duit rumah tu dapat by early June. Semoga benteng di hadapan saya akan dapat dilalui dgn mudah..

Jumaat, 6 Mei 2011

Pakej Umrah

Cik Somi email dekat saya pakej umrah yang dia akan pergi. Mereka yang akan pergi ialah 2 orang adik lelaki dia, kakak dia dan mak dia.

Sebenarnya, company suami saya ada Travel Agency mereka sendiri dan company dialah yang uruskan. Saya excited melihat schedule dia. Macam saya plak yang nak pergi..

Khamis, 5 Mei 2011

Testimoni

Ini ialah Testimoni yang saya ambil drpd website www.umrahziarah.com. Bercucuran air mata saya membacanya. Subhannallah. Mereka yang dijemput Allah untuk kesana memang beginilah dia..

Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatu wahai pembaca yang d muliakan oleh Allah SWT ...

Allhamdulillah saya panjatkan kehardat Ilahi, kerana dgn keizinannya saya telah di panggil untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan7 tahun ini.Terpanggilnya saya utk menunaikan ibadah umrah adalah kerana 2malam berturut-turut saya melihat Kaabah begitu dekat dgn saya di irigi dgn airmata saya yang mengalir,pada hari ketiga saya membuka website mengenai umrah dan sy begitu tertarik dgn website syazatravel.Justeru itu saya membuat panggilan pada pukul 9malam pada hari Jumaat bertanyakan tentang urusan menunaikan ibadah umrah,dan pada keesokan harinya saya menerima panggilan dari pihak syaza yg segala urusan surat permohon cuti bagi menunaikan ibadah umrah telah siap utk di ambil. sekaligus saya ambil dan membuat bayaran pendaftran.pada ketika itu saya berkerja di Tesco Ampang dan cuti saya telah lulus namun duit saya masih belum mencukupi,saya berterus terang pada pihak syaza keadaan sebenar dan saya masih diberi kesempatan untuk mengumpul keewangan bagi membayar kos penerbangan.Allhamdulillah saya terima bonus pada bulan itu dari company saya..jadi di sini bilamana kita telah mula melangkah kejalan kebaikan maka Allah akan membuka segala pintu rezeki kita insyaallah hitaalaminal mukminin..selepas selesai semuanya saya mula melaksanakan solat sunat taubat sebanyak yang mungkin dan bermohon kepadaAllah yakni "permudahkanlah segala urusan ku di tanah air ku dan setibanya aku di tanah suci itu nanti dan engkau tetapkanlah niatku kesana hanya untuk beribadah kepadamu"...Allhamdulillah doa saya telah di makbulkan.dan sebelum saya pergi sekali lagi saya di uji dgn penerbangan di tunda pada keesokan harinya,dan timbullah kepelbagaian keraguan terhadap syaza travel. Namun saya tabahkan hati kerana Allah tahu aper yang terbaik utk diri saya..Di sebabkan penerbangan saya ditunda arwah nenek saya sembuh dari sakitnya dan dikelurkan dari hospital,keran beliau mempunyai hajat untuk melihat saya memakai jubah pada saat saya hendak keluar dari rumah utk menunaikan umrah.Dan pada hari itu hanya abah saya dan kawan saya menghantar saya kelapangan terbang,mak saya tidak dapat ikut kerana ada beberapa urusan ygtidak dapat di elakkan...namun jauh di sudut hati saya inginkan saat saya kembali ketanah air saya nanti hendak melihat ramai sanak saudara yang menyambut kepulangan saya.

Allhamdulillah saya telah slamat sampai di tanah suci seperti yang di jangkakan.Tatkala saya melabuhkan kaki saya di tanah suci tersebut airmata saya mula membasahi pipi saya.sebaik sampainya saya di madinah saya tak sangka hotel itu tersangat selesa buat saya juga makanan yang di sediakan sangatlah sedap2 belaka dan perjalanan ibadah sy bermula dari raudah alhamdullilah saya dapat menunaikan solat waktu di dalam raudah dan kerap mendapat tempat di dalam raudah,melihat makam rasullah membuatkan hati saya luluh dan tertib haruslah di jaga .allhamdullillah..selepas tiga hari saya berangkat pula ke kota makkah dgn keizinan Allah sy dapat membuat umrah sebayak limabelas kali dan dapat mengucup hajarul aswad sebanyak 5 kali dan dapat menhabiskan 1surah yasin di bawah pancur emas didalam hijir ismail..Terlalu banyak peristiwa yang berlaku disana sehinggalah sy tahu siapadiri saya.Tibanya saya di tanah air saya dikejutkan dengan pemergian nenda sya yang tercinta ke rahmatullah,setibanya sya di tanah air sya ,saya di sambut di dalam masjid dan doa saya telah dikabulkan semua sanak saudara menanti kepulangan saya, alhamdulillah saya dapat mengucup dahi arwah nenda sya buat kali terakhir.di sini Allah tinggalkan saya kesan yang sangat besar yakni bergantunglah hanya pada Allah tidak selain daripadanya..Saya menyeru kalian utk menunaikan ibadah umrah ,benar menanti seruan barulah utk menunaikan ibadah umrah tapi mulakanlah langkah pertama dan berdoalah buanglah segala alasan yang kita sendiri cipta.. Bilamana Allah masih beri kita ruang dan masa luangkanlah masa kita kepadanya ...

Jutaan terimakasih yang tak terhingga saya pada pihak syaza travel yang telah banyak membantu saya dalam aper jua masaalah.

Bagi jemaah yang bakal menunaikan ibadah umrah betulkan niat anda dan banyakkan bersabar dalam apajua ujian yg melanda kerana setiap ujian akan hadir kebaikannya.Bila kita jadi tetamu Allah janganlah kita tetapkan sesuatu yang kita tidak pasti kerana Allah akan mengaturkan yang terbaik
buat tetamunya.Dan bersyuklah dgn apa jua yang Allah berikan pada kita...

Contoh terbaik yang saya boleh bagi contohnya masaalah pernerbangan di tunda jika penerbanag tidak ditunda saya tidak dapat menyambut israk mikraj di sana dan lihatlah Allah sampaikan hajat nenda saya utk melihat saya memakai jubah putih pada hari berangkatnya saya ke tanah suci dan tatkala sya pulang pula sy pula melihat beliau dgn kain putih. Jadi janganlah kita bergantung dgn yang lain selain dari Allah SWT.Sesungguhnya Allah maha mengetahu aper yang terbaik buat diri kita..

Hajat

Hajat ini datang ketika saya mendengar ceramah tentang motivasi haji dan umrah pada tahun lepas di radio IKIM Mendengar pengalaman orang ke sana saya terharu dan sedih. Ada part2 pengalaman mereka saya menangis. Lepas tu hati berkata... Aku nak ke sana!!!

Sebenarnya kan, tanpa buat sebarang perancangan saya sudah membeli buku-buku umrah.Saya takde plan sebenarnya. Saya just berharap satu hari nanti saya akan ke sana. Bila? Tak tahu. Lepas tu saya membaca blog Kak Roza wife Prof Kamil, hati semakin memuncak2 ke arah itu. Saya salin doanya.. entry blognya saya dah tak ingat..

" Ya Allah, Janganlah ambil nyawaku selagi tidak terhapus dan diampunkan dosa-dosaku. Aku ingin kembali di dalam fitrah yang bersih putih"

"Jemputlah daku ke rumahMU ketika ada rezeki kesihatan, rezeki kewangan, dan rezeki kelapangan. Jemputlah daku.. jemputlah daku! Ketika muda sebelum tua, ketika sihat sebelum sakit, ketika lapang sebelum sibuk, ketika senang sebelum susah, ketika hidup sebelum mati"

"Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurgaMU dan rahmat dan kasih sayangMU. Jadikanlah kami hamba-MU yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-MU di Syurga. Ampunkanlah dosa-dosa kam"

Saya nak pergi Mekah!

1 Jamadilakhir 1432

Percayalah rezeki itu daripada ALLAH. Setiap apa yang berlaku kepada diri kita sudah tertulis.

Oklah, hari ini saya nak create satu blog baru yang agak santai dan mempunyai hala tuju. Saya taknak terlalu formal. Mungkin saya akan gunakan aku kalau tersasul tp takpelah kan ini kan blog saya. Blog ini dicreate pada hari yang saya amat sibuk di tempat kerja tetapi idea untuk memulakan penulisan ini dtg mencurah-curah.

Saya nak buat umrah. Itu saje yang saya nak inform tapi tak register apa-apa lagi. Duit pun takde lagi. Sedang tunggu duit penjualan rumah saya di Suria Kinrar* tu. Tapi dah siap tarikh dah nak pergi boleh?!! 17hb July ke atas. Travel agent yang satu nie sudah ada  sbb Cik Somi (yang saya akan gelar En. Hif dalam cerita nie) dah ada contact anytime. Tapi tarikh tersebut hanya penerbangan dengan AirAsia (Medina). En Hif kata no AirAsia.. dia nak MAS. So saya cari dan saya jumpa- Syaza Travel and Tours. Website dia juga ialah www.umrahziarah.com. Macam menarik. Masuk website dia dan main2 dengan tarikh pilihan dia kalau nak tau harga pakej dia. Insya'allah kalau jadi boleh la saya ke  pejabat dia di Taman Kosas Ampang


Accomodation
Mawaddah Al Noor Madinah
Check In: Monday, July 18, 2011  (17 شعبان )
Check Out: Wednesday, July 20, 2011  (19 شعبان )
Hotel: Mawaddah Al Noor Madinah - 4 Stars
Mawaddah Int'l Group Hotels
Check In: Thursday, July 21, 2011  (20 شعبان )
Check Out: Thursday, July 28, 2011  (27 شعبان )
Hotel: Mawaddah Int'l Group Hotels - 3 Stars
You're reserving the following rooms: 1 Double Room
Services Included:
Air Tickets and Airport Taxes: KUL-JED-KUL.
All transfers and sightseeing via tourist bus.
Experience Tour guide or Mutawif
Meals as per itinerary
Service of meet & assist at the airport
Umrah Visa & Documentations
Ziarah Hudaibiah
Muslimah Mutawif in Raudah Medinah
Optional Services Selected
Travel Insurance MYR148

Totals
Total for accomodation fees: MYR10,980
Total for services: MYR148
Grand total (in Ringgits): MYR11,128 

Ya Allah.. Permudahkanlah urusan ku ini Jika ianya ialah travel agent yang sesuai maka permudahkanlah. Aku berserah segala2nya kepada-MU.
 

Blog Template by YummyLolly.com