Isnin, 30 Mei 2011

Mencari Glamor

Saya setuju apa yg diperkatakan oleh Saudara Ridwan Bakar, penulis Haji Muda yang saya baru qatam bukunya 2 hari yang lepas. Selain drpd buku Prof Kamil, buku Saudara Ridwan juga banyak membuka minda saya untuk membuat preparation diri dan doa. Skop jalan cerita nya lain2 tapi kedua-dua buku elok di baca utk insan seperti saya yang jahil ini. Saya belum nak buat haji tapi membaca bukunya saya terasa tak sabar nak membuat haji. Lantas saya mengira2 budget gaji saya setiap bulan. Penulis ada memberi tips supaya menyimpan gaji bulanan RM200 setiap bulan selama 5 tahun. Maka hati saya terus bersemangat....

Buku ini mmg mengubah mind saya tentang priority hidup kita yang sebenarnya. Maka saya tanamkan hati saya.. saya nak pastikan pergi haji pada usia muda dan saya akan menyimpan duit utk anak2 saya untuk pergi haji pada usia muda juga. Saya akan berdoa kepada mereka. Subhannallahhh.. Memang tak cukup duit sekiranya dikira tetapi saya pasti Allah akan melorongkan niat murni kita dan memudahkannya.. Insya'allah. Allah Maha Besar...

Saya tertarik dgn satu entry oleh penulis ini dalam blognya. Mencari glamour. Ya.. itulah yg saya selalu terpk. Saya sesungguhnya berdoa semoga dijauhkan drpd perasaan dan niat yang tak baik itu. Jauh daripada riak, takbur dan bermegah2. Saya takut sebenarnya sbb apalah gunanya kita membuat ibadah tetapi niat nak menunjuk kepada satu dunia yang kita nie sebenarnya untuk bermegah. Teringat juga kisah drama Tanah Kubur yang saya tonton di Astro Oasis weekend baru ini apabila insan ini menderma di masjid tetapi sebenarnya dia ingin di kenali. Astagfirullahal azim. Moga menjadi iktibar kepada kita semua. Semoga niat baik kita sentiasa diredoi dan dirahmati ALLAH bukan untuk menjadi bualan atau pujian orang.


Tiada siapa yang dapat menilai niat seseorang melangkah kaki ke Tanah Suci. Dalam pengalaman saya, ramai juga yang saya temui mempunyai niat-niat duniawi. Walaupun ianya tidaklah menjadi kesalahan, fokus sebenar mencari redho TUHAN seharusnya menjadi dorongan.

Dua tahun lalu saya secara kebetulan menunaikan umrah dengan satu keluarga penyanyi rock Negara. Bila kembali ke tanahair, berlaku kekecohan bila gambar anak penyanyi ini (anak perempuan beliau yang juga selebriti) melompat di sebuah kawasan. Maka berbagai cerita kurang menarik kita dengar dalam akhbar dan majalah mengenai mereka ketika di Tanah Suci seperti selebriti perempuan ini melompat di Mekah. Hakikatnya beliau tidak melompat di Mekah tetapi melompat di kaki sebuah Bukit di Madinah. Cuma gaya beliau melompat mungkin sedikit kurang sesuai. Banyak lagi gambar yang boleh dipaparkan di akhbar dan majalah.

Umrah Mac 2010 pula, Kami satu flight dengan seorang selebriti yang merancang bernikah di Masjidil Haram. Saya tidak berminat untuk mengambil tahu pelan pernikahan mereka. Cuma saya sempat menegur dan bersembang dengan seorang wartawan di Lapangan Terbang King Abdul Aziz. Pada hemat saya ketika itu, tidak perlu bernikah di Masjidil Haram kerana dikhuatiri niat ke sana untuk bernikah bukan untuk menjadi Tetamu Khas ALLAH (Nota Ridz: Tidak salah bernikah di Masjidil Haram). Saya juga menjangkakan, selebriti ini akan dilanda fitnah selepas kembali ke Tanah air.

Dalam seminggu ini dan akhbar MM semalam memaparkan suasana tidak senang sesetengah pihak terhadap cara selebriti ini. Maka keluarlah hentaman seperti hipokrit, tidak jujur dll yang sudah tentu menganggu fikiran selebriti ini.

Kepada selebriti, anda adalah ikon kepada perubahan. Tetapi jika mesej masyarakat ini tidak cuba anda fahami, maka timbullah perkataan hipokrit dsbnya. Kita dapat lihat secara kasar (Nota Ridz: bukan kajian ilmiah), bila harapan diletakkan oleh masyarakat untuk perubahan tidak mampu selebriti laksanakan, maka berbagai kecaman timbul. Ianya sebenarnya merugikan perjuangan. MAsyarakat kita amat kecewa bila anda tidak menunjukkan contoh untuk anak-anak mereka. Mereka sensitif dengan perangai selebriti yang seolah-olah mempermainkan keHEBATan Haji & Umrah. Ada juga rakan-rakan saya meluat dengan cerita seperti bertemu jodoh ketika Tawaf, menerima lamaran di Tanah Suci, menunaikan Haji pakej RM100,000 dsbnya. Namun realiti perubahan diri tidak pula diberi perhatian selepas kembali ke tanahair.

Kepada pengunjung blog HM, kita kena pastikan niat kita ke Tanah Suci benar-benar untuk mencari redho ALLAH, mengharapkan Rahmat ALLAH dan keampunanNYA. Bila niat sudah bersih, maka doa-doa peribadi bersifat duniawi tidaklah salah untuk diajukan.

Menjejakkan kaki ke Tanah Haram bukanlah lesen mencari glamor atau memecahkan rekod Guiness Book. Ianya adalah perjalanan yang TIDAK TERNILAI mencari Rahmat dan kasih sayang ALLAH.
Wallah'alam.
Posted by Dr Ridzwan Bakar at 9:36 PM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Blog Template by YummyLolly.com